Sering tukar kekasih.. jom tengok 8 sebabnya
1)Mereka orang yang kurang kasih sayang.
Oleh itu  mereka biasanya akan mudah jatuh cinta terhadap orang yang dirasakan  memberi perhatian dan mengambil berat tentang mereka. Kerana itu juga  mereka mudah menjadi tamak dan jika menemui orang yang dirasakan lebih  menyayangi,mereka dengan mudah juga berubah hati.
.
2)Mereka orang yang tidak yakin dengan diri sendiri..
Apa yang  mereka ada dirasakan tidak akan kekal dengan mereka.Oleh itu mereka  sentiasa mencari yang dirasakan terbaik tetapi sikap yang tidak yakin  dan percaya kemampuan diri sendiri membuatkan hati mereka sentiasa ragu  serta sukar bertahan dengan apa yang mereka dapat.
.
3)Mereka orang yang tidak tahu bersyukur..
Dalam hati  mereka sentiasa merasakan ada lagi yang lebih baik,lebih cantik,lebih  kacak,lebih kaya dan sebagainya. Kerana itu mereka tidak pernah  menghargai apa yang mereka ada dan akan cepat memilih yang lain jika  dirasakan yang lain itu lagi baik.
.
4)Mereka orang yang tiada pendirian hidup..
Mereka  sendiri tidak pasti apa yang mereka mahukan dalam hidup.Kekasih bagi  mereka hanyalah satu keperluan mengikut keadaan persekitaran atau gaya  hidup mereka.Bagi mereka cinta adalah sekadar alasan untuk memperolehi  teman bukannya tanggungjawab yang mesti ditunaikan.
.
5)Mereka orang yang mudah bosan..
Tak  dinafikan ada sesetengah orang yang sukar untuk kekal dengan satu-satu  perkara.Mereka ini suka mencuba sesuatu yang baru yang dirasakan lebih  mencabar dan menyeronokkan. Dalam percintaan juga jika merasa bosan  dengan kekasih yang ada mereka mula mencari yang baru dan  berpindah kasih jika yang baru lebih menyeronokkan bagi mereka.
.
6)Mereka orang yang memang suka menipu..
Memang  terdapat segelintir orang yang memiliki sifat suka menipu dan  memperdayakan orang lain demi memperolehi keseronokan dan kepuasan diri  sendiri.
.
7)Mereka orang yang pentingkan diri sendiri..
Bagi  mereka apa yang mereka inginkan tiada siapa yang dapat menegahnya.Mereka  ini tidak pernah memikirkan hati dan perasaan orang lain. Bila dah  dapat apa yang mereka mahukan,mereka sesuka hati akan membuangnya.
.
8.) Mereka orang yang suka menunjuk-nunjuk..
Bila  mempunyai ramai kekasih mereka fikir diri mereka  hebat,macho,cantik,kacak,lawa tetapi hakikat sebenarnya mereka cuba  menidakkan kelemahan dan kekurangan diri mereka sendiri dari orang lain. 



Comments