Adess: 500 penumpang komuter terperangkap


KUALA LUMPUR – Kira-kira 500 penumpang Komuter KTM terperangkap apabila tren yang dinaiki mengalami kerosakan ketika berada di laluan berhampiran Bank Rakyat di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, seorang wanita cedera ringan selepas cuba menyelamatkan diri dengan terjun daripada gerabak.
Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan pada 7.50 malam dan jentera pertama tiba 10 minit kemudian.
“Operasi menyelamat mengambil masa selama sejam dan membabitkan tiga jentera dari Balai Bomba Pusat dan Sentul,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Wanita yang cedera itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. – BERNAMA

Comments

Anonymous said…
aduh dafuq la template blog ni khalis?serabut gile penuh warna itu ini..keep it simple but nice dah la..
tensen aku..(ni komen membina ok, bukan menjatuhkan, psl aku suka blog ni dr dulu kala)

Popular Posts