Asal usul penggunamaan elektrik
Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada  perkataan  Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC  itu  diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.
Ceritanya... . 
Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison   mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang   menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu   mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang   bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan   Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah   Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata   dengan kuat."Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". (   Bermaksud tipu )
Thomas Edison berfikir Kulup  berkata begitu kerana mengatakan lampu  menyala disebabkan oleh kuasa  "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan  "ELE..TRICK" yang dieja  ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai  mengingati jasa Kulup  Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka  diciptalah sejenis lampu  panjang yang dinamakan lampu kalimantang..



Comments