Pages

Support Penaja

Thursday, April 12, 2012

Aaron Aziz Nafi Dapat Taraf Pemastautin Tetap, Risau Permohonan Tertangguh Akibat Berita Palsu

Posted by mykhalis On 12:08 PM 0 comments

Kasihan juga apabila pelakon kacak yang juga merupakan Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz risau permohonannya untuk mendapatkan taraf pemastautin tetap (PR) di Malaysia tertangguh berikutan tersebarnya berita yang dia telah pun mendapat taraf tersebut.
Ketika dihubungi oleh Berita Harian, Aaron memberitahu yang permohonannya sebenarnya sedang diproses oleh pihak berkuasa.
Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat.
Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur.
Berita ini mula tersebar di media sosial sejak semalam  dan dilaporkan juga di blog-blog hiburan (bukan BeautifulNara) seperti berita sahih.
Dalam perkembangan lain, Aaron sedang berlakon dalam drama bersiri 20 episod Adam dan Hawa, manakala perkembangan lain yang lebih menarik, ada pihak yang mendakwa mereka ialah Aaronators FC telah menggodam akaun Fanpage Zed Zaidi semalam, berikutan ketidakpuasan hati aktor itu dengan kemenangan Aaron di ABPBH.
Beautifulnara

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...