Jenis jenis tudung yang ada di Malaysia

Ini adalah entry yang Khalis copy paste 100% dari Soutul Mujahid. Mungkin ada ayat pedas yang menyebabkan jiwa berombak seketika.. tapi percayalah.. kita semua nak yang terbaik buat diri kita.

Khalis tahu, sebagai blogger, kaum wanita memang banyak syarat pada mereka.. tapi yang Khalis ingat semasa kursus nikah dulu.. Tok Qadhi ada cakap, pesanan dia mudah je pada kaum wanita..

" Kamu wanita nak masuk syurga senang sangat.. berbeza dengan lelaki yang penuh tanggungjawab pada ibu bapa, isteri atau isteri - isteri, anak -anak.. kamu hanya perlu jaga 3 perkara..

pertama : hubungan dengan suami..gembirakan hatinya,
Kedua : jaga kemaluan dan kehormatan kamu
ketiga : jaga puasa dan sembahyang..

Lengkap 3 perkara ni.. InsyaAllah.. syurga pada kamu"
Haa,, itulah ayatnya.. selalu gak Khalis sebut kat wife.. bukan apa.. ini ayat last memujuk kalau merajuk..huuu..


Apapun, harapan Khalis, kita baiki diri kita ek..


Jenis-jenis dan Fesyen Tudung

Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung, digalakkan baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman.


1. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.

2. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan 'Tudung Nasi Lemak'.

3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan...




4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini meman sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.

Maksud hadis: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya" [HR Muslim]



5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri...



6. Tudung Dato'
Ni, tak tau nak terangkan macam mana... Tak terkata. Fesyen? Entah... Mungkin pembaca lebih arif


7. Tudung Apa Jadah Entah?
Ini satu masalah besar lagi. Tudung yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar.


8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]


sharing is caring.. ye tak?

Comments

yana M said…
suke3 yang akhir tuh
Nabiha Zaidi said…
yg harus dipertikaikan orang yang tak pakai tudung . . sebab itu keutamaan .
aKuLanGit said…
okeh,entry terbaik tahun ni... 100% kawe setuju :D
are din said…
terbaik..... jadi kan pedoman :) ..
coccyxache said…
orang tak pakai tudung mmg kene pertikaikan tapi yg pakai tudung pun ade had had jugak. kla main pakai je pon tak boleh jugak. hidup kat dunia kene kene pandai bukan memandai mandai. hoho
dear anies said…
cuma tggu org pakai tudung saji nnt
Cikwani said…
gud entry,,, jadikan pedoman.... yg pki tdung ni moh kte elokkan tdung kita dulu... pastuh, nk pertikaikan yg xpki tdung bolehla... :)
ngeh3~ alhamdulillah. tima kasih sudi sebarluaskan ilmu walaupun sentap :p
Anonymous said…
no 6.apa punya banggang !tudung saji pakai kat kepala.????

Popular Posts