Motivasi Pagi.. Helang di puncak gunung


Helang merupakan sejenis burung yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya boleh mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya yang ke 40. Ketika helang berumur 40 tahun, cakarannya mula lemah, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyukarkan waktu terbang.

Pada masa itu, helang hanya mempunyai dua pilihan: Menunggu kematian, atau mengalami suatu proses transformasi yang sangat menyakitkan – suatu proses transformasi yang panjang selama 150 hari. Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang ke atas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi gaung, berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung.

Pertamanya, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama untuk menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, dia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kuku yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu.

Satu proses yang panjang dan menyakitkan. Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mula dapat terbang kembali. Dengan paruh dan cakar baru, helang tersebut mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh tenaga!






Dalam kehidupan kita ini, kadangkala kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan. Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang mengikat, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan. Kita harus rela untuk meninggalkan tingkahlaku lama kita agar kita dapat mula terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan.

Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar perkara-perkara yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah bakat baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.
Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri dan andalah penguasa atas diri anda.Jangan biarkan masa lalu menumpulkan asa dan melayukan semangat kita. Maka itu, kita harus berubah!


sumber di sini

Comments

Unknown said…
seriusly,chii x pernah tau pun helang kena wat keputusan yg berat mcm ni..ingtkan mcm haiwan2 yang lain gak..

ke mereka juga turut kena lakukan pengorbanan seketika yg sama gak..

ni pun semata2 nak hidup 30 thn lebih lama lg je kan..hurm..semoga manusia ambil pengajaran dr sift yg ada dlm diri helang
safurara said…
ya Allah seksa nya...tak sanggup rasanya.
tp sbenarkan dye buat mcm tu untk mendapat hidup yg seterusnya kan.
walaupon sakit.tp lepas tu hidup dye akan bahagia. =) thnks bro for this post yg amat memotivasikan diri.
jeragang said…
helang bukan kena buat keputusan tapi itu kitaran hidup yang perlu helang lalui... kalu mahu mencapai tahap tertinggi helang pun perlu meningkatkan kompetensi diri...

Yang perlu wat keputusan adalah manusia kerana manusia jer yang diberi akal... kalu ada akal tak mau guna tentulah lebih teruk jadinya dari helang yang di mamah usia ada kuku tak mampu mencengkam ada paruh tak mampu menggigit... macam mana mahu jadik helang kalau tak bole menyambar mangsa?...

nice material to look into and reflect.... thanks bro sampai dah ada 3 cucu masih banyak yang perlu saya belajo.. tentu saja bcos pembelajaran adalah tugas sepanjang hayat. Yes, morale of the story.. its all about transformation, we need to unbundle and rebundle our pakage in order to transform. kalu tiada drastik change how to transform????? perubahan memang menyeksakan... but what choice do we have? so do change b4 time will changed us.. but I bet you will agree with me, paling penting, we need a strong foundation which is persediaan minda yang mantap otherwise we going no where....
ramai kata helang ni bahaya ..
=='
mykhalis said…
@chii
kalau ada keyakiann diri dan berani..InsyaAllah berjya,,
mykhalis said…
@rara pinkmafiasama-sama.. bukan ape.. kita tak tahu manusia juga ada fasa berubah..samada sedar atau tidak sahaja
mykhalis said…
@jeragang yup.. khalis sangat stuju.. kadangkala kita dah tau yg kita kena berubah,,tapi kita wat tak tau je.. sbb tiada kesedaran dan selesa dengan kehidupan yg tak selesapun sebenarnya
mykhalis said…
@nelly hehe..cuba kasi duduk sebilik ngan nelly seminggu..cuba tengok sape yg tinggal tulag
mykhalis said…
@Fyqa
apa pilihan yg diorang ada..kan?
Khaisya said…
mcm tu kitaran hidup helang rupanya..

ingin berubah, tp perlaksanaan utk berubah tu kadang2 rumit & byk halangan..
dwatyKNY said…
betul tu... dalam hidup mesti ada satu ketika tu kita kena buat keputusan dalam hidup... sangat berat tp perlu dilalui...

tgok helang ni... bila la aku dapat pegi langkawi... huhuhuhu
Ms.ze said…
x pernah tahu pun selama nie pasal helang..
mOon EyEzS said…
owhhh...t'sgt suka entri ni khalis...xpenah taw pn kitaran hidup dia mcm 2...cik moOn ketinggalankah?
mykhalis said…
@Khairul Antasha kat situlah kena ada kekuatan kan?
mykhalis said…
@dwaty laaa.tak pernah pergi la nie??same la kite..heee
mykhalis said…
@kucarkacir ni ada khalis kongsikan,,heh
mykhalis said…
@munirAh jOhAri tak ketinggalan ahh..sempat lagi tau nie..hehe
Anonymous said…
Perlu menjalani proses yang sangat sakit selama 150 hari. Patut;ah helan digelarkan Raja Burung.
mykhalis said…
@Miss Tiraapa beza eagle dengan falcon ek?
Miz Novexx said…
waa, x penah tawu pon... kenapa kitorang tak blajo pasal ni ek??? huhu
Unknown said…
motivasi pagi.. tapi baca ptg.. haha

khalis penulis yang baik.. keep it up!! tp jgn la post bebanyak.. tak larat nk tgk satu-satu.. haha
kakyongnida said…
waaaa,, tatau pulak helang boleh hidup samapi 70 taun,,pastu banyk pulak proses nak teruskan hidup tuh,,
boleh dijadikan iktibar :)
jeragang said…
@Khairul Antasha sebab tu jeragang kata kita perlu asas yang kuat.... persediaan minda
jeragang said…
Helang hitam.. the eagle noir adalah menjadi kekuatan dan aspirasi kepada Napoleon mengembang empayer.....
Sue Saari said…
owh...baru cik sue tahu..maaf dah lama tak jengah blog khalis..masalah charger lappy baru jer dpt diatasi.... =))

Popular Posts