Awwwww... kucing yang paling sedih di dunia

Khalis takkan bela binatang lagi di rumah Khalis. Bukan kerana benci.. tapi tak sanggup hadapi saat dia yang kita jaga dari kecik, temankan kita tidur pergi buat selamanya.

Yup, Khalis bercakap mengenai seekor kucing yang pertama dan terakhir Khalis terima dalam hidup. Bagaimana dia mengacau semasa Khalis baru habis diploma menganggur kat rumah, dia yang kecik lagi datang main-main kat Khalis. Bila Khalis halau guna remote, dia ingat Khalis main dengan dia, terlompat-lompat dia mengejar remote.. Sedikit demi sedikit, muncul perasaan kasih pada dia..

Kalau Khalis tidur, ada 2 tempat dia pilih, samada di ketiak atau celah peha. Adakala atas perut. Kadangkala Khalis tak bergerak untuk pastikan dia tak terjaga.

Dia ibarat memahami, hampir 4 tahun dia mandul.. bila isteri Khalis pregnant, diapun pregnant sekali.. Sepatutnya dia pregnant dulu,bawa rahmat supaya isteri Khalis pregnant, tapi terbalikla pulak. Kami sekeluarga macam tak percaya. Kami selalu panggil dia anak dara tua..

Sedang Khalis berdebat dengan mak Khalis untuk membuat kandang kucing, dia ibarat mengerti bahawa Khalis bimbang baby yang akan lahir berisiko dengan bulu kucing. Bukan salah dia, dia mempunyai bulu yang kemas, putih tiada kekotoran. Dia tidak pernah menunjukkan di mana najisnya.

Yang menjadi masalah ialah anak-anak saudaranya.. Sangat pengotor dan kampung, Mungkin kerana ayah mereka kucing jalanan.


Hari demi hari perutnya semakin membesar. Dia kelihatan sangat pendiam. Tiada lagi berjalan-jalan di depan tv, Baringnya tidak memilih. Tidak seperti kebiasaan samada di atas baju atau sofa..Dia kelihatan sugul.

Pagi itu dia tidak menjamah sedikitpun makanan. Di rumah ini, dia sahaja yang makan Frieskis.. Yang lain makan nasi ikan bilis sahaja. Khalis ingin pergi ke kedai.. Meninggalkan pesan pada orang rumah supaya tengok-tengokkan dia.

Mak menalifon kerana tak berjumpa dengan dia yang ingin di bawa ke klinik. Puas mak dan isteriku mencari.

Rupa-rupanya....

Dia mati ketika melahirkan anak-anaknya. Sedihnya, di saat kematiannya, dia menyorok supaya tiada siapa sedar dia telah tiada.

Dia ialah Pipi.. Kucing yang lahir di rumah ini baka kucing yang baik-baik. Pipi sangat pembersih. Dia umpama anak dara yang sangat suka berhias tetapi jual mahal. 

Pipi.. miss u.. Khalis takkan bela kucing lagik lepas nie. Khalis tak sangka Pipi faham yang Khalis tak suka kucing ada di rumah selepas anak Khalis lahir. Semua di rumah menangis tau lepas terjumpa mayat Pipi. Angah kat asrama kami tak bagitaupun takut dia terjejas emosi sebab dia nak periksa.. Tapi Khalis talipon jugak.. Dia meraung sebab dia selalu ketuk pala Pipi.. tapi Pipi selalu lempang dia kan?

Entry kebudak-budakan ini adalah respon kepada gambar kucing paling sedih di dunia..cuba tengok mata kucing nie




sedihkan mata kucing nie?

Comments

MissNadh said…
sedih nye..teringat dulu bela kucing mati depan mate jugak lepas lahirkan anak..adei..

memang tak bole bace entry sedih2 sal kucen ni,rase nk nanes gak..wuwu~
mykhalis said…
@MissNadh khalis jujurnhya..3 kali baca 3 kali nangis.. rindu arr pada pipi..
adwafarahin said…
alaaa sedeynye :(
Anonymous said…
waahhh... sdeynye.. kucing mmg ade instinct mcm tu ek.. sdey la dia mati camtu.. ~~ =(
rara pinkmafia said…
sedaynya broooo.saya tak leh kalo kucing mati ni.kesiannn
Anonymous said…
Sedihnya cerita Cik Khalis. Habis anak-anak Pipi tu macam mana?
Miss Shikio said…
akhirnya pipi menghembuskan nafas terakhirnya.. :(

Miss Shikio x bela kucin sebab takut bnda mcm ni lah jadi. :'(
kucarkacir said…
sedihnyeee..
uwaaaaa..
khalis x bela kucing sbb takut merasai kehilangannya lagi ke?
sedihnyer , tp nsb bek kucing sy dh selamat lahirkn anak sebulan y lalu tp sy sedey sbb skrg dye asyk xlalu mkn je tkt dye mati . :'(
Ayie said…
haiwan pun ada perasaan bro.. AKu ingat lagi, ikan toman aku mati.. dia mati lepas aku marah kat dia pasal dia pecahkan akuarium.. aku cakap, aku goreng kang, baru taw.. 2 hari lepas tuh, dia mati dalam akuarium baru.. takde sebab.. padahal ikan toman tuh dikira ikan paling hardcore.. paling tahan lasak.. takde oksigen pun takde hal.. 2-3 jam kat luar air pun dia boleh survive lagi.. tapi dia mati.. aku tak paham kenapa dia mati.. nak kata tua, tak la tua sgt.. baru 2 tahun.. tensen gua.. ikan paling aku sayang..
mykhalis said…
@ungulavender yup..khalis tak sangka dia pilih time ni
mykhalis said…
@Miss Tira takde.pipi tak sempat lahirkan..anak dia sangkut dalam perut
mykhalis said…
@Miss Shikio khalispun takkan bela dah sampai bile2 nie
mykhalis said…
@kucarkacir yup..tak sanggup nak hadapi perpisahan
mykhalis said…
@Syakir Ina=Syakirinakenala bwak ke klinik..jgn biarkan..kadang2 kuman/ccing
mykhalis said…
@Ayie
seriuss?? ko marah ikan? ko nie...
mykhalis said…
@rara pinkmafia tak sanggup nak hadapi lagik
puteri ain said…
sedih cerita ni..
( mood : crying )
:(
fiezah91 said…
alamak..entri sedih lak.. haih.. sbr je la.. x pernh bela kucing tp bela hamster.. sekor mati, sedih jgk
mykhalis said…
@fiezah91 kehilangan tetap khilangan..ksdihan mst ada..
Anonymous said…
Sedihnye...sob sob....
amny said…
huhuhu..comeynyee kucing tuuu..geram ttgok kucing mata sedih tuu..^^
Darl Eika said…
bace sambil menitik mengelap air mata.
kucin eika puntgh nazak sekarang.
lumpuhh. ;(
mykhalis said…
@amny
tula..mata dia sayu jee
mykhalis said…
@Darl Eika bawakla ke klinik haiwan.jgn biarkan
saya YANA said…
ala.... sianye.. anak nye pon mati same eh..
selama dekat 21 tahun ni da banyak kucing yang Yana bela.. tapi ada matinya.. bila mati.. ada lain yang datang.. smpai sekarang ni.. paling terkesan kat dalam hati..
dia mati tak tahu sebab apa.. tapi sebelum mati.. dia diam je.. selalu tengok Yana.. Yana suka bila dia senyap.. tapi senyap dia, senyap yang selamanya.. huhu.. T_T
Azroy Kassim said…
cite sedih pasal kucing yang gua tak tahan ni.. dulu gua bela kucing gak..
chentaNUYU said…
terjejas emosi nuyu bc cerita ni..waaaaaaaaaaaaaaaaaaa
mykhalis said…
@saya YANAKhalis dah tau terima yang lain dah,,cukuplah 1 je.. tak sanggup balik bile tengok tempat Pipi di tanam..
mykhalis said…
@Azroy Kassim mati jugak ke roy? mesti kucing ni takleh dilupakan sampai bila2
mykhalis said…
@chentaNUYU jgnla..kene keje kuat2 k?
NuruL SyuhadaH said…
kucen r not allowed at my ouz..@_@
alahaii sdehhnyeee ..
jadi rndu kt kuceng ksygn saia ..
da lme meningglkn saia tuk slame2 nyee :(
alfaqir ilAllah said…
Sedihhhh...X blh stop nangis..... T__T
cik sakdi said…
sedihnya pipi.. kucing kte pon suke tdo kat perut orang.kalau gerak dia marah.blagak gler. haha
entry yang sangat2 menyayat hati...mengalir air mate nih,,,=(
faiza akma said…
sangat sedih. saya nangis bila baca entry ni..teringat kucing saya. sob sob T_T
Anonymous said…
Menitis air mata sy bace😿

Popular Posts