Manchester United 2 - Chelsea 1 Champion League
Khalis pernah bagitau my wife.. untuk kegembiraan, Khalis perlukan dia dan Manchester United. ( of kosla masa tu Sayf tak lahir lagik)
Semua orang yang kenal Khalis tahu bahawa Khalis sangat meminati MU. Terus terang cakap, semenjak berkemampuan sikit ni, Khalis sanggup membeli jersey ori dari membeli yang tiruan walaupun kualitinya lebih kurang sama.. kerana kepuasan merasakan diri ini sebahagian dari MU. ( biarpun baju made in Indonesia)
Perlawanan malam tadi membuktikan.. Apa yang tiada pada MU, pemain muda yang berharga hanya 10juta tapi berjaya mencetak gol dalam hampir semua kejohanan,( Chicarito ) Pemain lagenda MU yang masih bermain sehingga kini, membantu penyerang membuat goal demi goal ( Giggs) Keeper yang dibeli pada usia awal 30-an masih terus menjadi tembok kebal meskipun sudah mencecah 40 tahun ( Van Der Saar ) pemain asia yang tiada kelebihan apapun, dibeli dan dianggap sebagai alat MU untuk memecahkan pasaran asia,namun membuktikan dia adalah hero, bukan sekali,, berkali-kali..sebagai orang asia yang berjaya di kelab terbaik di dunia ( Ji Sung Park )
Malam tadi membuktikan semuanya. Gol Chicarito atas bantuan Giggs, Gol Ji Sung Park tak sampai 45 saat selepas dubuk liar Drogba membuktikan MU berada di kelasnya tersendiri.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang bersama menyokong MU.. Khalis tau bukan senang,, kerana di Malaysia hanya ada 2 fan team..
Pertama Fan Manchester United
Kedua BUKAN Fan Manchester United..
Kalau nak ulasan perlawan bukan di sini tau..hehe
Comments
Go go Selangor.. muaahahaa
buleh jugak skong slangur klu segan nk join MU
memang terbaek...
glory glory Man U. :)
10juta ja brbanding 1 player tu, smpai 50juta tp habuk pon xdak.
hik3. =)
glory glory~ MU hehehe..