Kaum Wanita Jangan Cepat Marahkan Kami Kaum Lelaki ( REVIEW MISS TIRA )
Jangan mimpikan Maher Zain |
Entri ini adalah kesinambungan kepada entri yang dibuat oleh Cik Nelly. Itulah untungnya satu blog ada 2 orang penulis lelaki dan wanita. Jadi tidaklah wujud entri berat sebelah. Seperti yang aku duga masih ada lagi kaum wanita yang tidak memahami kami kaum lelaki. Tak boleh aku nak terima hakikat Cik Nelly yang masih belum ada lesen memandu kereta tapi mampu untuk membuat entri panas macam Nas Ahmad.
Kaum lelaki adalah makhluk yang simple. Berikan sahaja kami Xbox 360 dengan TV Plasma 42" anda sudah boleh meninggalkan kami selama seminggu tanpa perlu dibelai dan dibaja. Berbeza dengan kaum wanita yang perlukan alat solek dan koleksi kasut tumit tinggi 4" yang banyak. Walau bagaimana pun ramai kaum wanita yang fail untuk memahami kami.
1) Kalau kami tak balas sms dan call, anda janganlah cepat marahkan kami. Ini kerana kredit kami sudah habis atau sudah tamat tempoh. Lagi pun kalau asyik topup duit prepaid je bila masa nak kumpul duit untuk kahwin. Nanti kalau takde duit nak masuk meminang kena marah lagi. Nak guna public phone malam-malam mana boleh. Pontianak zaman sekarang suka melepak dekat public phone. Siang lagilah tak boleh sebab banyak kerja.
2) Kalau kami tak jawab panggilan anda janganlah cepat marah. Ini kerana kami sedang melaksanakan tugas kami. Biasalah, kaum lelaki ni banyak tanggung jawabnya. Anda pasti tak mahu kalau kami jadi lelaki yang tak professional dalam membahagikan soal kerja dan hal peribadi bukan?
3) Kalau kami kurang bagi perhatian pada anda janganlah cepat marah. Ada masanya kami memerlukan sedikit privasi bersama kaum sejenis kami. Seperti anda juga. Ada masanya anda ingin bersama kaum sejenis bercerita tentang kehenseman Maher Zain begitu juga dengan kami kaum lelaki. Ada masa kami juga mahu berbincang tentang kecantikan pakaian Miera Liyana. Takkan perkara macam ini nak dijadikan perbualan sesama pasangan. Sensitif tu wooo.
4) Kaum wanita tidak suka dituduh curang. Ya kami tahu sebab tiada siapapun dalam dunia ini yang ingin dituduh curang. Jadi janganlah marah dan tuduh kami curang kalau kami bawa balik madu baru untuk di perkenalkan kepada anda ya. Hahaha.
5) Lelaki sejati dia tidak kuat merajuk. Lekaki sejati dia cool je sebab ada 9 akal. Kalau lelaki sejati tu kuat merajuk tu namanya arbok minta pelempang. Kami juga tak suka kalau kaum wanita kuat merajuk. Sebab ia amat menyusahkan kami untuk memujuk. Walaupun kami lelaki makhluk yang simple tapi secara semulajadinya kami kasar dan gagah perkasa. Tak boleh gurau duduk suraulah.
6) Kalau kami tak mahu temankan anda pergi bershopping janganlah cepat marahkan kami. Ini kerana kami tidak mahu menghilangkan hormon shopaholic anda. Kami kaum lelaki yang sejati memang tidak boleh melihat transaksi berbentuk credit. Kami amat sukakan transaksi berbentuk debit.
7) Kalau kami memandang wanita cantik lalu dihadapan kami janganlah cepat marah. Ini kerana kami cuma menghargai keindahan alam ciptaan Allah s.w.t sahaja. Lagi pun tak semua yang kami pandang itu tandanya kami suka. Ada juga kami pandang kami mencarut dalam hati "Apalah wanita ni pakai baju nampak lurah perut penuh lemak" then kami puji anda "Cantik lagi awek aku". Jadi jangan cepat marah ya.
8) Kalau anda berjaya kantoikan kami sedang melihat video Maria Ozawa janganlah cepat marah dan menuduh kami horny. Eh, kejap. Okeyh yang ini anda boleh marah. Sebab masa tu kami memang tengah horny.
***************************
Seburuk mana pun perangai kami fahamilah jiwa dan raga kami seadanya. Percayalah, kasihmu lama tersulam diruang paling dalam terlalu jauh tak terselam. Hakikatnya kami sebenarnya sangat-sangat menyayangi anda. Hargailah kami seadanya kerana kami semakin pupus dimuka bumi ini. Dah boleh masuk kategori makhluk yang diancam kepupusan dah ni.
P/s: Entri gurau-gurau jangan ambil hati ya. Chill~
Khalis suka entry nie sebab wanita selalu menganggap kami tidak pernah serius dalam satu pekerjaan. Bukan begitu, sebenarnya kami fokus..dan kami tak suka kami di ganggu dengan hal remeh temeh.. Jangan susah hati kalau kami 4 hari tak makan sebab kami main PS3.. sebab kami sentiasa kenyang,, Itula orang pompuan..talipon sokmo kata jeles, tak talipon kata tak sayang, talipon kadang-kadang kata kita tak sungguh2..
Wanita-wanita.. ermmm..Jom sape yang tak jenguk Miss Tira lagik jom datang ke blog beliau..Banyak yang best-best kat sini tau
Comments
haha ..
marah ni ..hahaha
tak marah ..kelakar oo .gelak2 nelly ^^
haha ..
Kenapa dengan hantaran??
kan..nnt cepat tue...
tak marah ..tengah memahami kaum lelaki .
=p
da dpt awek suke makeup pening pale plak
awek pndg lelaki lain ta buleh
dia pndg perempuan lain buleh
amboiii banyak cantik
kdg2 byk s0ngeh..ad jer yg xkne..
ati snstif2 nieh ltak ja0h2 ckett..
xbest laa jd gurl yg queen kntr0l nieh..
msing2 p0n ad life..
s0,jgn laa duk sekat or kntrol sgt..
wat rilex2 sudaa..
mule2 memg laa geram ngn owg laki nieh..
tp lau da phm bt0wl2,k0npem tade mslh..
diowg bkn xsyg..cme diowg p0n ad life diowg gak..
ye x..??
*eishh..cam backup owg laki jer nieh..