Ayah larang Pakai Tudung
Ceritanya begini....
Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.
Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.
Tiba tiba aku teringat kisah
semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke
kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan
korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang
sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih
sangat sangat.
Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.
Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.
Lepas mandi, aku belek belek
tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku
nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi
pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih.
Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak
pakai tudung! Tapi aku nak!!!!
Aku turun ke bawah. Baru jea nak
buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku
jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa
balik awal ni???
Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!
Bila bapa aku buka jea pintu, aku
bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak
pakai tudung. Cheq nak!"
Bapak aku terus jegil sebesar
besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun
penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.
"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai
hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah
ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."
Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.
"Hang jangan nak bagi aku malu
naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah
100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH
PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang
aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah
ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun
lelaki jugak!".
Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.
SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!
Comments