Motivasi pagi: Kita memang layak diuji, kitakan hamba!
Dalam hidup kita, susah atau senang, sihat maupun sakit, bahagia atau
derita semuanya adalah ujian. Kita diberikan nikmat berupa kebaikan
supaya kita sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya. Apabila
ditimpa musibah keburukan supaya kita bersabar dan sentiasa ingat
kepada-Nya.
Sesungguhnya “disebalik ujian itu” ada sinar bahagia, ada cahaya yang menerangi, ada syurga yang menanti. Justeru itu bersabarlah dalam menghadapi ujian kerana “kita memang layak di uji”....kitakan hamba!
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sesuatu: perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta benda, dengan kematian, dan kekurangan hasil tanam-tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar (menghadapi ujian itu). (Orang-orang yang sabar) iaitu apabila di timpakan kesusahan (musibah), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah jua kami akan dikembalikan.” (Al-Baqarah: 155-156).
Yakinlah! Hikmah disebalik ujian itu adalah semata-mata dari sifat kasih sayang-Nya yang tidak pernah berkurang.
sumber

Comments