Surat terbuka pada streamyx@TM
bilaaa nak stabil derrrr |
Assalamualaikum W.B.T
Saya tulis surat ini kerana sudah merah dan sudah panas telinga saya bercakap di talian telipon. Sememangnya. saya bersyukur sangat sebab talian 100 adalah percuma.. Kalau tak percuma.. saya yakin dan percaya.. mungkin bill telipon saya mencecah RM100 tambah dengan cukai 6% jadi Rm106.00.
Buat pengetahuan pihak tuan.. Saya merupakan seorang peniaga yang menjadikan internet merupakan medium utama untuk menarik kehadiran pelanggan. Seandainya internet tiada maka tiadalah kedai saya dapat berfungsi dengan baik.
Saya juga sedaya upaya untuk melanggan perkhidmatan terbaik yang ditawarkan di kawasan saya. Buat masa ini saya melanggan pekej 4mbps untuk perniagaan. Bila saya cakap perniagaan.. maknanya, harganya adalah jauh berbeza dari talian rumah.. Sebab itu juga harganya lebih mahal bukan?
Jadi selayaknya.. saya ingin mendapat perkhidmatan yang setimpal dengan apa yang saya bayar.. Saya tiada kemampuan untuk mengupah peguam sebagaimana pihak anda menjadikan peguam sebagai Ah Long untuk menalipon.. menghantar surat beserta Hadis di dalamnya kewajiban membayar hutang..
Namun adakah pihak tuan tahu.. bahawa.. Nabi A.S menceca peniaga yang menyorokkan buah buahan yang buruh dibawah buah buah yang manis dan ranum untuk mendapatkan pelanggan? Sebagaimana dengan pihak tuan yang menjanjikan pekej 4mbps.. maka layakkah saya menerima kelajuan 100kbps? 1mbps? malah 3mbps juga sudah dikira sebagai penipu.
Kalau pihak tuan merasakan bahawa terdapat istilah waktu puncak!! maka tidakkan menjadi kewajipan pihak tuan untuk menaiktaraf kemudahan yang diperlukan. Waktu puncak sendiri merujuk begitu ramai pengguna yang mempercayai produk tuan.. Maka banyak jugakla keuntungan yang diperoleh bukan.
Fikirlah.. tuan yang di atas mungkin tak merasa azabnya.. namun seorang peniaga kecil seperti saya yang terpaksa bersaing dengan puluhan kedai lain merasa tempiasnya seandainya talian internet tergendala biarpun sehari.
Bila saya telipon 100.. pihak pegawai komunikasi pihak tuan asyik mintak trobleshooting.. restart modem.. ipconfig.. ping.. semua itu saya dah buat hampir setiap hari selama 3 tahun saya melanggan perkhidmatan ini..Mungkin RM300 sebulan terlalu kecil. malah kalau pihak tuan nak batalkan perkhidmatan..apa yang saya boleh buat.. Kontrak cuma memihak pada pihak tuan.. bukan pihak kami pelanggan.
Cuma.. tolonglah baiki perkhidmatan internet.. huu.. dah merayu dah ni.. sehari tutup kedai.. dah Rm200 melayang.. kalau 3hari? kalau hari hari internet perlahan.. dari dapat sehari RM200 boleh jadi RM100.. saya nak makan apa? sewa? gaji? internet? letrik?
terima kasih sebab surat ni bagi saya kelegaan sebentar.. saya tak tahulah boleh sampai tak surat ni ke tangan tuan. Tapi saya harap keajaiban berlaku sama macam saya "bertegur sapa" dengan blogger "love jesus" satu ketika dulu.
Yang benar
Mohd Khalis Raouf Bin Khairu Anuar
Pusat komputer Green Grape
Blogslucumenarik.blogspot.com
Comments
saya merupakan fan dalam blog ni...sudilah kiranya saya membantu tuan dalam masalah yang tuan hadapai ni memandangkan saya merupakan staff executive di company terbabit..diharapkan pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada kami dan memberikan detail untuk saya menjalankan siatan terhadap kontraktor di kawasan tuan.
sila berikan:
Nama Penuh:
Contact Number:
Login ID:
Alamat (rumah dan kedai):
hantarkan ke alamat email saya
nureikmar.muhamad@tm.com.my
sekian.
saya akan mempercepatkan kes ini.
terima kasih
no aduan tu dulu..bleh buat koleksi..tp skang dah ok dah..sejap awal thn tk penah meragam lg..