Pages

Support Penaja

Friday, November 11, 2011

Gambar Majlis Pernikahan Dira Zahar(pengacara Melodi) dan Mohd Helmi-11.11.11

Posted by mykhalis On 8:44 PM 1 comments

Majlis pernikahan Dira,27, atau nama penuhnya Khaidhirah Abu Zahar dengan pasangannya Mohd Helmi Mohd Yusof,33, berlangsung di kampung halaman Dira di Merlimau, Melaka pada 11 November 2011 selepas solat Jumaat.

Dira dan Helmi sah menjadi suami isteri
Konsep majlisnya cenderung kepada konsep tradisional kotemporari dengan kombinasi warna kuning, emas dan putih.

Dira menerima sembilan dulang hantaran berupa mas kahwin berjumlah RM 7777 serta cincin, wang hantaran RM 17171.71, iPad 2, helmet X-Lite, wangian Lacoste, telekung dan baju persalinan, sireh junjung, kek serta coklat Patchi.

Manakala Helmi menerima sebelas dulang hantaran dari pihak perempuan berupa jam tangan Tag Heuer, MacBook Air, kasut Hugo Boss, baju Armani, wangian, sireh junjung, al-Quran serta sejadah, kek, coklat, helmet X-Lite dan kurma.
Majlis pernikahan Dira dan Helmi dilangsungkan pada 11.11.11
Untuk pelamin dan dekorasi daripada Qarmasutra Weddings and Event. Perancangan perkahwinan pula oleh Afeeq Abd Wahab. Untuk busana perkahwinan dan majlis sanding di Melaka, Datin Lynda Rahim manakala bagi majlis akad nikah dan resepsi tugas itu diserahkan kepada Anizam Yusof.

Dira mula mengenali Helmi sejak 2010. Kali pertama mereka bekerjasama ketika Dira terbabit dalam telefilem SMS(Salah Mesej Suami) terbitan Vision Work. Hubungan mereka mula rapat ketika masing-masing terbabit dalam produksi filem Untuk Tiga Hari aralah Afdlin Shauki.
 Dira menerima mas kahwin berjumlah RM 7777 serta cincin
Dira sebelum ini pernah berkahwin dengan Tengku Shafiz Rullah Tengku Mohd Shahid atau Ash yang juga menceburi bidang seni. Perkahwinan Dira dan Ash, kira-kira tiga tahun tempohnya dikurniakan Tengku Anggun Deandra.
Selamat Pengantin Baru Dira dan Helmi
Seterusnya pada 13 November, akan berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Pelancongan Malaysia(MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Majlis itu nanti lebih moden dengan ilham warna hitam putih. Difahamkan, kedua pengantin tiba di lokasi persandingan dengan menaiki motosikal

sumber

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...