KELUARGA: Surat peminat
Assalamualaikum w.b.t
Saya bakal menjadi seorang ayah tidak lama sahaja lagi. Akan tetapi kerana tuntutan kerja, saya jarang dapat meluangkan masa dengan isteri tercinta. Saya tahu ini bukanlah cara terbaikkan untuk saya meluahkan rasa sesal saya, tapi saya merasakan seandainya saya gagal menjadi suami yang baik mungkin saya akan mengabaikan tanggungjawab menjadi ayah baik. Untuk pengetahuan tuan pakar psikologi, saya mula keluar bekerja dari jam 9 pagi dan pulang hanya selepas 12.00 tengah malam.
Lelaki Ini,Kuala Rompin.
Saya bersimpati dengan masalah saudara. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya yakin dengan kenyataan En.lelaki ini bahawa encik benar-benar ingin menjadi suami yang baik.
Baiklah, persoalan saya apa kerja LI ni sampai tempoh kerja 15 jam sehari? Kalau pekerja, saya sarankan LI buat laporan pejabar buruh. Ini sudah melanggar Perjanjian Geneva. Kalau LI bos, mengapa tidak menggajikan pekerja? Saya tidak mampu memberi penyelesaian kepada masalah LI, tapi saya akan membuka jalan.
Cadangan saya, cuba lihat gambar-gambar di bawah ini dan bayangkan ini adalah anak LI. Sangupkah melihat dia membesar tanpa ayah untuk bermain dan bermanja. Harta sebenar bukan wang ringgit, tetapi anak. Fikir fikir dan renungkan.
melihat dia tersenyum |
melihat dia ketawa |
dia main nyorok-nyorok |
atau saudara LI lihat sahaja. buatlah keputusan yang bijak
Comments
*boley buat entri jugak x jwpn ni*,.hehe