Kuala Lipis 10 Feb.- Daerah kelahiran artis terkenal yang amat sangat dengan diva terkenal iaitu Siti Nurhaliza bakal menerima suntikan pelaburan yang mencecah 8 angka apabila pihak bekuasa tempatan telah meluluskan perbelanjaan pembelian bas pelancongan.
Menurut seorang pemandu yang bekerja di sini, hal ini telah di cadangkan oleh seorang jurutera yang telah pergi melacong ke luar negara yang sangat jauh setelah disponsor oleh kontraktor-kontraktor yang terdesak mendapatkan tender. Hasil dari jalan-jalan cari karaoke di negara luar sana, jurutera itu mendapati bas-bas yang aneh, lucu dan bukan lucah akan menarik lebih ramai pelancong menggunakan pengangkutan awam.
Perkara ini amatlah penting kerana kesesakan yang amat sangat sering berlaku di terutama bila dekat-dekat dengan kuaters polis yang pernah diduduki oleh artis bersuami misai seksi ini. Perbincangan telah dilakukan dengan pelbagai pihak terutama bagaimana cata pembelian bas ini. Hasil fitnah dari pembangkang mendapati harga bas yang akan dibeli ini akan mahal 8700% dari harga pasaran mengalahkan kemampuan Kementerian Pertahanan yang hanya mampu menaikkan 870% sahaja. Ini bermakna orang-orang di Kuala Lipis lagi bijak??
Berikut contoh- contoh bas
|
bas dililit ular |
|
bas itik |
|
bas ukir-ukir |
|
bas xcdent |
|
bas bunga-bunga |
|
macam hollywood |
|
bas jaws makan orang |
|
bas sentiasa bersih |
|
bas hati kering |
|
bas untuk haiwan |
Comments