RUMAHTANGGA: Rancangan memasak bogel timbul bantahan
Kuala Rompin 9 Feb.- Satu bantahan besar-besaran akan diadakan di hadapan Pejabat Pusat Khidmat masyarakat Adun Tioman kerana membantah rancangan memasak bogel sepetimana yang dilaporkan oleh Harian Metro pada hari ini.
Tujuan bantahan adalah kerana kerajaan dijangkakan tidak akan menimbangkan agar rancanagan ini ditayangkan di Malaysia. Seorang penganjur yang mahukan identitinya dirahsiakan berkata. ”Tujuan rancangan ini adalah murni, ia bertujuan untuk menarik minat golongan lelaki untuk memasak. Kebanyakan rancangan memasak yang ada menampilkan syef yang gemok dan garang, kalau tak garangpun hitam. Ianya amat menjijikkan”.
Mendapatkan reaksi dari pihak berkenaan, kerani Pejabat Yang Berhormat berharap agar isu ini tidak dipolitikkan. Berikutan itu, pihak Majlis Perbandaran Kuala Rompin telah menyediakan khemah-khemah gerai makanan untuk memastikan bahawa pendrmonstrasi mendapat makanan yang cukup.
Untuk makluman, rancangan masakan bogel ini dijangkakan akan ditayangkan di Hong Kong setelah mengetahui keputusan perlawanan persahabaran antara Hong Kong dan Malaysia menyaksikan pertembungan 1 lawan 11 iaitu antara anak Indonesia kelahiran Malaysia yang kini beraksi dengan kelab dari Indonesia menentang 11 pemain Hong Kong yang sangat takut akan pemain ini.
Menurut penerbit rancangan memasak, mereka akan melobi rancangan ini agar dapat menembusi Malaysia dengan sokongan padu ketua MCA yg terkenal dengan dialog ”Sayalah pelakon lucah dalam cd ini”, Dato’ Sri Chua Soi Lek-Bermana
Bendera yang uzur diharapkan tidak menjadi isu politik |
Comments
sj jek ko nye kondem pjbt adun =P
hehe..tiada serangan terhadap adun dilakukan