Pages

Support Penaja

Tuesday, January 24, 2012

PENGORBANAN JANTAN (Lelaki Sila Baca Untuk Berasa Bangga)

Posted by mykhalis On 11:16 AM 4 comments

Nikmati keindahan ikan Kelisa Emas atau Malaysian Golden Arowana, saya rakamkan di Kampung Padang Lalang, Simpang Empat, Semanggol, Perak.

Nama saintifik ikan Kelisa, Scleropages Formosus. 
 
Ikan turut digelar 'Dragon Fish' dilengkapi dua sesungut itu kelihatan garang dan sentiasa bergerak berhampiran permukaan air.

Kelisa Emas bukan sahaja cantik tetapi memiliki keunikan tersendiri.


Sebelum ini, ikan Kelisa Emas liar banyak ditemui di habitat asal, Sungai Kerian, Alor Pongsu. Untuk mengelak daripada kepupusan, kini ikan termahal di negara kita itu diternak di kolam.

Sekitar tahun 1960 an, ikan sama dijual dengan harga RM2 sahaja seekor. Harga terkini anak ikan Kelisa Emas sepanjang 9 sentimeter, RM9,000.


Ikan bersaiz seperti atas berusia lebih 3 tahun dengan berat kira-kira 2 kilogram dianggarkan bernilai RM20,000 sekaligus dinobatkan ikan hiasan termahal di Malaysia.

Kisah ikan Kelisa akan saya sajikan kepada penonton Majalah 3 pada 11 Februari 2012, selama sejam bermula 9 malam.

Bagaimanapun terlebih dahulu, saya ingin berkongsi kejadian istimewa berhubung ikan Kelisa Emas JANTAN bersama semua pembaca blog ini.

Ikan Kelisa betina apabila matang akan bertelur dan kemudian mencari pasangannya, ikan JANTAN untuk telur terbabit disenyawakan. Untuk rekod, tidak semua JANTAN berminat untuk mendekati betina ketika sarat bertelur kecuali sudah bersedia.


Kekadang di kalangan manusia, sikap sama boleh kita lihat.  Sebilangan lelaki juga kelihatan kurang berminat mendekati isteri sedang mengandung. Manakala majoriti sentiasa berkorban, meluangkan waktu untuk membelai isteri mereka sebelum zuriat dilahirkan ke muka bumi ini.

Pun begitu pengorbanan ikan Kelisa JANTAN lebih daripada itu.

Bersetuju menjadi pasangan kepada ikan Kelisa betina bererti memikul tanggungjawab teramat besar. Pasangan akan berenang bersama, siang dan malam di antara 4 dan 10 hari. Kelisa JANTAN dipercayai tidak mencurangi perhubungan terjalin dan sentiasa berada di sisi ikan betina.

Perhatikan gambar saya rakamkan di bawah.


Begitu antara saat manis dikecapi pasangan ikan Kelisa Emas terbabit.

Setelah bersedia, ikan betina mengeluarkan telur mencecah 40 biji sekaligus Kelisa JANTAN kemudian menyirami semua telur terbabit dengan sperma, lambang kejantanannya sekaligus telur disenyawakan.

Proses itu berlaku dalam tempoh singkat di dasar sungai atau kolam.

 

Telur seperti di atas dikutip satu persatu oleh ikan Kelisa JANTAN menggunakan mulut lalu disimpan di dalam ruang rahangnya selama 2 bulan.

Waktu itu Kelisa BETINA menghilangkan diri, barangkali untuk berehat dan meninggalkan pasangannya kesunyian.

Dia sepi dan kelaparan sambil memikul tanggungjawab besar manakala ikan Kelisa betina mungkin sedang bermesra dengan JANTAN lain.


Berikutan ruang mulutnya dipenuhi telur, ikan Kelisa JANTAN terpaksa berpuasa selama lebih kurang 2 bulan.

Dalam tempoh itu, telur akan berubah menjadi anak ikan kecil. 

Kuning telur dijadikan bahan makanan oleh anak terbabit di dalam mulut Kelisa JANTAN.

 

Semakin anak ikan membesar, saiz kuning telur semakin mengecil.


Kelisa JANTAN terus berenang dalam keadaan kurang selesa berikutan saiz rahang bertambah besar, mengembung. Sesekali ikan sama secara spontan mengeluarkan semua anak dari mulut dan melihat samada zuriat mampu berenang atau sebaliknya.


Jika tidak berupaya berenang selesa, semua anak dikutip kembali dari dalam air dan dimasukkan semula ke dalam mulut ikan JANTAN bagi menjamin keselamatan anak ditinggalkan dek ibu.

Hanya selepas kira-kira 60 hari, setelah pasti semua anak berupaya bergerak untuk mencari makanan sendiri,  ikan Kelisa JANTAN membebaskan mereka dari mulut.

"Itulah, tengok suami dia, pandai membuat anak tetapi tidak pandai bertanggungjawab menjaga anak"

Sebilangan manusia berkata begitu untuk menceritakan fakta kehidupan.

Jika ikan Kelisa mampu berkata-kata, mungkinkah sebilangan hidupan air itu mengungkapkan kenyataan berikut?

"Tengok betina itu, hanya pandai membuat anak (bertelur), kemudian menyerahkan tanggunagjawab menjaga telur sehingga menjadi anak mampu berdikari kepada JANTAN"

Besar benar pengorbanan JANTAN.

Mazidul akmal blog

4 comments:

kalau manusia. alasan lelaki tak mau bgn mlm klo anak melalak = sus cap gantung xde dgn saya... hahahahahahha... siot je

macam perli je ni..wahahha

memang susah la kalu nak jumpe manusia lelaki yang same cam ikan kelisa jantan perangainya...
kalau ade pun utg la....

kekekeke....
binatang pon reti...
takat ni alhamdulillah la, anak2 aku semuanye aku jage, event time baru lahir aku yg mandikan, psl bini aku takut nak pegang baby kecik2 ni, berak kencing pon aku xde hal nak basuh... walaupon kengkadang aku naik angin jugak ngan anak2, yelah dah ramai2 (3 org jer pn) mcm2 hal/perangai, tp aku syg anak2 aku. Bab jage2 anak ni aku pegang satu jer, seronok same2 so susah senang, pahit maung pon telan same2... happy family ^^

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...