Aduh.. gadis comel ni nak bunuh diri la pulak

Awat zaman sekarang mudah sangat  nak bunuh diri? Khalis tau.. sebab bukan sebab kita tak bahagia..tapi kita tak leh terima kenyataan orang lain bahagia.. Tak percaya? Khalis adakala tertekan jugak.. bila tengok profil member2 sekolah dulu..

Bergambar dengan kereta besar.. pergi berjalan luar negara.. macam takde masalah je hidup diorang.. macam duit sentiasa ada di poket.. setakat 10 keping duit rm50 memang anytime je ada.

Bila tengok diri sendiri? pergi pasaraya bercatu dulu dengan orang rumah.. dah sampai pasaraya.. nak ambik aiskrim rm6 sebekas pun tak berani? orang lain? Frutti tutti.. Basken Robins(korang tak payah nak peduli ejaan!! tak pernah rasa,, tak reti nak eja..)

Tengok orang lain? makan secret recipe.. kite? my wife resipi..ikan patin masak tauchu.. bukan tak syukur.. tapi kita sentiasa membayangkan kegembiraan orang lain..sampai lupa yang orang lain dalam diam dengkikan kita..

Orang dah kahwin..jeles orang bujang.. sebab dapat jalan-jalan.. dapat keluar rumah..freedom
orang bujang.. jeles ngan orang dah kawen.. bila malam jumaat je.. mesti ajak wife makan kat luar.. maklumlah..nak hambik ati..ataupun taknak wife penat..

so.. kalau korang rasa korang jeles dengan orang lain.. orang lain lagi jeles ngan korang..

Ingatan pertama: Ingat!! manusia jarang ceritakan kesusahan kehidupan mereka..

Ingatan kedua: Orang yang tidak ada masalah adalah orang yang bermasalah

Ingatan ketiga.. Khalis sikit pun tak menyesal tulis panjang2 ni.. sebab Khalis sentiasa ada perasaan jeles pada kawan-kawan yang lain..dan Khalis tau.. diorang pun jeles dengan Khalis..wahahaha.. siot je GGSS(gila-gila syok sendiri)

K.. hepi always.. I love Wan Rohani Abdul Ghani..hehe


Comments

Popular Posts