Amir Raja lawak dikecewakan 5 kali oleh wanita
Ok.. memang Khalis takleh tengok apa sahaja babk melibatkan Amir raja lawak.. Bukan benci, tapi kesian.. Khalis tak berani nak cakap dia tak kelakar..sebab dia finalist raja lawak.. dan bukan salah dia kekal bertanding.. mujur ada penyingkiran sendiri semasa Maharaja Lawak.. silap2 Amir ke final jugak gamaknya..
KUALA LUMPUR: Pelawak Amir (Raja Lawak), 23, membuat keputusan untuk tidak mahu bercinta selepas lima kali dipermainkan oleh golongan wanita termasuklah seorang jururawat.hmm..tak berani nak komen.. cuma kesian je la kat dia..
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia merupakan seorang lelaki yang jujur dalam percintaan tetapi amat sedih setiap wanita yang dikenalinya tidak pernah ikhlas untuk mengambilnya sebagai kekasih hati.
"Saya sedar diri ini bukanlah sempurna dan kacak seperti kebanyakan lelaki lain. Saya sedih apabila wanita yang saya kenali cuba mempermainkan perasaan saya. Kalau perkara itu terjadi, saya terpaksa menjauhkan diri,” katanya.
Amir berkata walaupun hatinya sering dipermainkan, dia menganggap kejadian itu sebagai satu pengalaman berguna buat dirinya.
Comments