Pages

Support Penaja

Thursday, April 5, 2012

Mak Nyah Talackova Dibenar Bertanding Miss Universe

Posted by mykhalis On 10:21 AM 2 comments

Khalis setuju.. kalau miss earth Khalis tak stuju..sebab di bumi Miss untuk wanita.. tapi disebabkan ini pertandingan Universe..alam semesta.. mungkin logik diterima mak nyah.. sebab kemungkinan di Marikh atau di planet lain mak nyah memang dipanggil Miss kot..


New York –Jenna Talackova, yang disingkirkan daripada pertandingan Miss Universe Kanada akan dibenarkan bertanding semula sekiranya dia memenuhi criteria yang ditetapkan dalam pertandingan berkenaan.

Talackova sebelum ini disingkirkan selepas dia didapati menukar jantina.

Pertubuhan Miss Universe dalam kenyataannya bagaimanapun tidak menyebut peraturan mana yang perlu dipenuhi oleh Talackova bagi membolehkan dia menyertai pertandingan itu.

Jika dia memenuhi kriteria berkenaan, Talackova akan bertanding dalam pertandingan yang akan diadakan bulan depan di Kanada.

Talackova, 23, dilahirkan sebagai lelaki namun dia telah memulakan rawatan hormon pada usia 14 tahun dan menjalani pembedahan tukar jantina ketika berusia 19 tahun.

Dia mendapat liputan meluas seluruh dunia minggu lalu selepas disingkirkan daripada pertandingan itu.
Namun Jenna Talackova mendapat sokongan 25,000 orang yang menandatangani petisyen melalui online menggesa namanya disenaraikan semula.

Dia disingkirkan kerana peraturan Pertubuhan Miss Universe menetapkan peserta perlulah wanita sejati.
Talackova sebelum ini pernah mengambil bahagian dalam pertandingan untuk transgender, Miss International Queen di Thailand.

2 comments:

dah la bnyk plastik, pastu dah memang bukan pompuan... pasni, makin ramai maknyah masuk eprtandingan mcm ni, abis... patut takleh kasik masuk.

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...