Pages

Support Penaja

Wednesday, June 13, 2012

Tidur lena diwaktu malam

Posted by NzmXI On 12:22 PM 2 comments


Kesukaran tidur di waktu malam seringkali dihadapi oleh golongan bekerjaya. Masa yang paling sesuai untuk merehatkan minda dan tubuh serta merenggangkan otot-otot kita yang saban hari bekerja adalah ketika tidur.

Jika kita tidak dapat tidur yang cukup, permulaan hari kita akan menjadi celaru dan kelak menggundang lebih banyak masalah.

Tidur yang paling sesuai untuk orang dewasa adalah selama 7-8 jam sehari.

Ikuti beberapa tips berkesan untuk mendapatkan tidur yang lena setiap hari!

Pemilihan tilam dan bantal
Pastikan anda memilih tilam dan bantal yang sesuai dan selesa. Jika anda ada duit lebih, apa salahnya laburkan untuk keselesaan di tempat tidur anda. Terdapat beberapa jenama pengeluaran bantal dan tilam diperakui keberkesanannya. Antaranya adalah Vono, Dreamland dan juga Kingkoil. Ikut keselesaan anda, saiz dan juga ketebalan kabusnya perlu diambil kira kerana ada sesetengah orang yang suka bantal lebih rendah dan lembut, ada juga yang gemarkan bantal ataupun tilam yang lebih keras dan tinggi untuk meletakkan kepala. Fahami kehendak sendiri sebelum anda membeli.

Elakkan tidur di waktu petang
Badan pasti terasa lesu setelah seharian bekerja dan memerah otak. Apabila sampai di rumah, elakkan daripada terus baring. Lebih elok jika anda bersihkan diri dan makan malam dahulu. Kerana jika anda sudah tidur di waktu petang kemungkinan besar, anda akan menghadapi kesukaran untuk tidur pada malam kerana anda tidak berasa mengantuk apabila anda tidur pada waktu petang.

Bersihkan diri
Sebelum tidur, pastikan keadaan diri anda sudahpun bersih dan segar selepas mandi sebelum anda tidur. Diri anda akan berasa lebih selesa untuk tidur dengan bauan kesegaran selepas mandi.

Jangan makan terlalu banyak 1 jam sebelum tidur
Waktu yang paling sesuai untuk makan malam adalah di sekitar jam 7 hingga ke 8 malam. Selepas dari masa yang dinyatakan, anda disarankan tidak mengambil makanan berat seperti nasi, mee goreng dan makanan berat yang lain kerana bukan sahaja tidak bagus untuk sistem pembakaran lemak, malahan badan anda akan terasa lesu keesokan paginya.

Minum segelas susu segar
Di dalam susu segar mengandungi satu bahan yang dipanggil tryptophan dimana berfungsi sebagai alat pembina protein yang akan menghasilkan hormon kegembiraan di dalam badan. Selepas meminum susu., badan anda akan berasa ringan dan lebih gembira untuk melelapkan mata. Jika kita dapat lihat, bayi kecil akan meminum susu mereka sebelum tidur dengan mudah.

Kosongkan fikiran
Masalah ini serinkali terjadi kepada mereka yang tertekan dengan kerja seharian. Untuk mengelakkan tidur anda terganggu, cuba tips ini, fikir perkara yang lebih seronok dari memikirkan masalah kerja dan sebagainya yang hanya akan menyukarkan tidur anda. Kosongkan fikiran, dalam 10 atau 15 minit selepas itu, anda pasti akan terlelap.

sumber: yahoo.com.my

2 comments:

Tidur 7-8 jam sehari sebenarnya bukanlah tidur yg ideal. Byk bukti tidur sekadar 3 jam shj sudah memadai, dan masih boleh hidup lama. Contoh terbaik adalah Tun Mahathir. Dari sejak dia menjadi PM sehingga bersara, malah sampai skg, dia hanya tidur 2-4 jam shj sehari. Siap pergi joging selepas subuh tiap2 hari. Dan Nabi saw, para sahabat baginda, para solihin, dan ulama2 muktabar dari dulu sehingga skg menjadikan solat qiamullail (solat pada dinihari) sbg kemestian dlm hidup mereka sehari2. Jadi, propaganda menggalakkan tidur 7-8 jam sehari adalah mengarut utk org dewasa. Melainkan kanak2 dibawah umur 2 tahun, dimana tidur adalah salah satu dari proses pembesaran yg diperlukan. Malah dlm satu kajian yg dibuat, tidur yg byk boleh melembabkan otak, seterusnya melemahkan daya fikiran. Bila difikirkan, propaganda mengatakan keperluan tidur 7-8 jam sehari dtgnya dari negara2 barat, dimana2 para bijak pandai mereka hanya tidur 4-5 jam sehari shj. Persoalannya, mengapa kita org timur, dan Islam, percaya dgn dakyah mengarut sebegini, sedangkan mereka sendiri tidak amalkan? Jawapannya ada pada diri masing2.

saya sgt bersetuju ngan hafez adnan....saya tidur 4-5 jam sehari pon dh cukup ....kdg-2 tu kurg...sbb waktu mlm lah waktu plg sesuai untuk belajar ke...dekatkan diri ngan tuhan ke....saya slalu rasa yg kalau tidur awal sgt tu buang masa....

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...