Antara Duit Syiling Dan Batu

Seorang pekerja projek binaan bangunan memanjat ke atas tembok yang paling tinggi kerana dia mahu menyampaikan pesanan kerja penting kepada rakan kerjanya yang ada di bawahnya.

Pekerja itu menjerit dengan kuat tetapi rakannya tidak mendengarnya kerana suara bising dari mesin-mesin dan orang-orang yang bekerja, sehingga usahanya sia-sia sahaja.

Oleh itu untuk menarik perhatian orang yang ada dibawahnya, dia mencuba melemparkan duit syiling di depan temannya.

Temannya berhenti bekerja, mengambil wang itu, masukkan ke dalam poket dan kemudian kembali bekerja. Pekerja itu mencuba lagi, tetapi usahanya yang keduapun memperolehi hasil yg sama.

Kemudian dia mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala temannya, dan kerana merasa sakit temannya mendongak ke atas. Sekarang pekerja itu dapat menjatuhkan nota yang berisi pesanan.

Daripada peristiwa di atas kadang-kadang kita terkena pengalaman-pengalaman yang menyakitkan baru membuatkan kita ingat kepadaNya.

Allah memberi rezeki yang banyak tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita mengingati kepadaNya. Oleh itu memang lebih tepat jika Tuhan menjatuhkan “batu” kepada kita.

So..? sendrik mau ingat!

Comments

Anonymous said…
http://www.facebook.com/ToyohashiMasjidDonationCampaign

Popular Posts