Lawak Motivasi Ajoi Dan Tok Bomoh

Pagi itu Wak Sumardi seorang berkerjaya sebagai seorang ‘bomoh profesional’ sedang melepak depan rumahnya. Hembusan asap rokok Nusantara seludup dari mulutnya serta haruman kopi yang masih berasap boleh dihidu dalam jarak dua kilometer. Di tangannya ada iphone 4 32GB dan kelihatan Wak Sumardi sedang sibuk melayan angry bird.

Tiba-tiba datang seorang tetamu. Seorang lelaki yang jika diteka dari raut wajah dan tubuh badannya berumur dalam 30 an.

“Hah.. orang yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Jom Ajoi sini masuk”, Wak Sumardi melambaikan tangannya.

Orang itu sememangnya bernama Ajoi berasa terkejut beruk kejap. “Betul kata si Pancis, bomoh ni memang power giler. Aku belum sebut nama dia dah tahu..” katanya dalam hati sambil masuk dan duduk di depan Wak Sumardi.

“cenggini tok….” Ajoi malu-malu nak menyatakan tujuan dia datang ke situ.

“Ala x yah susah-susah la Joi, wak dah tahu tujuan ko ke mari” potong Wak Sumardi.

“Betul ker tok?” Ajoi melihat muka Wak Sumardi macam tidak percaya.

“Jangan panggil aku bomoh kalau aku tak tahu tujuan ko datang ke mari.Ko nak minta tangkal supaya perniagaan ko semakin maju kan kan? Sebab dah sepuluh tahun ko berniaga tapi tak maju-maju, gitu jer. Betul tak Joi?” 

“I…i..ya Tok..” kata Ajoi tergagap-gagap. Dalam hatinya semakin kagum akan ilmu Wak Sumardi, hingga menambah keyakinannya bahawa dia tidak salah datang ke situ.

“Tapi ko dah tahu syaratnya?”, mata Wak Sumardi menjeling ke arah beg galas yang dibawa oleh Ajoi.

“Dah Tok. Kata kawan saya Pancis, syaratnya mesti kasi laptop dan modem broadband, topup RM100 dan duit RM500” jawabnya sambil menyerahkan beg yang dia bawa dari tadi. Wak Sumardi menerima dan membuka beg tersebut.

Setelah Wak Sumardi melihat isinya. “Ok kerana syarat sudah lengkap. Ni wak bagi tangkal power ni.Tapi ko dah tahu pantang-larangnya?” ucap Wak Sumardi sambil menyerahkan sebungkus kain hitam sebesar ibu jari Ajoi. 

“Belum. Apa pantang-larangnya, Tok?” tanya Ajoi penuh teruja.

“Selama 5 tahun ko jangan buka tangkal ini atau cuba-cuba ingin tahu isinya. Kalau tidak……”, Wak Sumardi diam sejenak sambil menghisap rokoknya.

“Kalau tidak naper tok?” tanya Ajoi tak sabar-sabar.

“Kalau tidak ko bakal mati!”. Terkejut Ajoi mendengarnya.

“Ok-ok tok. Saya akan ikut” dari riak wajahnya kelihatan Ajoi begitu ketakutan mendengar kata terakhir Wak Sumardi tersebut.

“Bagus, itu syarat pertama. Syarat kedua, ko hanya boleh makan tempe, tahu dan sayur tanpa daging. Dan syarat terakhir nanti apabila sudah 5 tahun, ko mesti datang semula ke sini untuk buka tangkal tuh ”.

“Baik tok”

“Ok dah setel. Sekarang ko boleh pulang, wak ingin call kawan jap” ucap Wak Sumardi sambil melambaikan tangan tanda seperti nak menghalau. Namun Ajoi diam jer, dia teringin nak ajukan soalan tapi takut-takut.

“La… ko nak apa lagi nih?” jerkah Wak Sumardi

“takde pape tok, cuma saya nak tau laptop tu tok nak buat aper yer?”

”La nak browsing dan layan blog, layan FB, chating dengan awek, tweet dan lain-lain lah..Dah..dah ko balik sekarang.” sambil Wak Sumardi membesarkan biji mata dia.

Ajoi kelam-kabut beredar kerana takut kena marahlagi. Namun dalam hatinya ada perasaan gembira kerana dirinya bakal kaya. Ini kerana tangkal dari Bomoh power tadi pasti menjadi. Bomoh yang belum apa-apa sudah tahu nama dan maksud tujuannya tanpa sempat dia beritahu.

Setelah Ajoi pergi, Wak Sumardi mengambil handphonenya. Dan menelefon seseorang, terdengar suaranya sambil ketawa-ketawa mengekek-ngekek..“Pancis, tq ye atas info yang ko bagi pasal budak Ajoi tuh. Nanti lagi seminit aku transfer online duit komisyen ko. Aku dah ader access internet sekarang..”

Dan dalam masa 5 tahun perniagaan Ajoi semakin maju dengan pesatnya. Kalau main forex mandang bullish jer memanjang. Dia sekarang sudah menjadi jutawan baru dimana perniagaan ikan keli dalam tinnya semakin meletup sehingga dieksport ke luar negara.

Hari ini adalah genap lima tahun perjanjiannya dengan Wak Sumardi. Wak Sumardi pagi tu masih lepak melayan FB di laptopnya. Ketika itu ada kereta Volkswagen Passat masuk ke pekarangan rumahnya tapi dia buat bodo jer.

“selamat pagi Tok” terdengar suara seorang lelaki dengan pakaian yang branded yang dibeli di JPO. Wak Sumardi yang lagi menatap laptopnya mengangkat mukanya ketika mendengar suara tersebut.

“Oh ko Ajoi. Masuk sini, dari tadi aku dah tunggu”. Ternyata yang datang itu adalah Ajoi. Tanpa berkata-kata lagi Ajoi duduk bersila betul-betul depan Wak Sumardi kerana dia tahu Bomoh tersebut sangat power sehingga tanpa diberitahupun, dia sudah tahu akan kedatangannya.

“Mana tangkalnya?” katanya sambil menadah tangannya ke arah Ajoi.

“Ini tok” sambil menghulurkan bungkusan yang diterima dengan cepat kepada Wak Sumardi. Kemudian dengan tanpa melihat isinya, Wak Sumardi terusmembuang bungkusan tersebut ke dalam tong sampah yang ada di tepi rumahnya.

“Tok, kenapa buang?” mata Ajoi terbelalak tak percaya.

“Naper tak boleh? Tangkal tu isinya ialah tahi kambing. Buat bau busuk jer, buat apa wak simpan” balas Wak Sumardi dengan berlagak.

“Jangan la wat lawak tok.. takkan la bungkusan hitam tu dalamnya hanya ada tahi kambing, bukan tangkal ker?”

”La ko ingat aku kumpulan Shiro RL6 nak wat lawak? Bungkusan tuh memang isinya tahi kambing,aku yang letakkan”

“Tapi kenapa saya boleh berjaya dan kaya setelah mendapat bungkusan tersebut,tok?”ujar Ajoi setengah tak percaya.

“adakah ko kerja kuat selepas wak bagi tangkal tu?

“Yer tok”

“Ko jimat wang kerana pantang-larang tidak boleh makan yang sedap-sedap?”

“Yer tok”

“Ko percaya, bahawa ko boleh berjaya hasil dari usaha ko sendiri?”

“Iyer tok”

“Nah itu yang membuatkan perniagaan ko berjaya dan kaya. Jadi bukan tangkal yang wak kasi yang bikin ko kaya. Itu hanya cadangan jeragar ko mahu melakukan tiga perkara tersebut. 

Faham…. ? Ok sekarang ko boleh belah,ada tetamu yang dari tadi melihat dan mendengar perbualan kita. Agaknya dia pun bercita-cita nak jadi kaya juga macam ko“. jawabnya selamba tanpa merasa bersalah.

Ajoi akhirnya pulang sambil membebel. “Jadi selama ini aku kena tipu dengan bomoh facebook tu yer..aku bagi laptop, bagi modem broadband, bagi kredit, bagi duit RM500 lagi.Rupanya aku tukar laptop, modem, kredit dan duit dengan sebungkus tahi kambing… siot…siot.”,

Setelah Ajoi pergi, Wak Sumardi terus buka laptopnya semula dan menatap ke skrin laptop tersebut.

“Eh, korang…. Korang pun teringin nak jadi kaya juga ker??

Dah tahu kan syaratnya? Mana Laptopnya??”

Hahahahaha

Admin : Jangan meminta dengan bomoh kerana perbuatan tersebut adalah menjurus kepada syirik kepada Allah Taala, Nauzubillah.

Comments

Popular Posts