Selamat Hari lahir Sayangku.. I love U so Much... so much
Pada hari ini, Jam 10.00 pagi 26 tahun yang lalu, seorang puteri comel telah lahir memeriahkan keluarga yang sedia ada 2 orang putera sulung dan tengah.
Kerana si ayah meminati seorang pengacara tv ketika itu, diberi nama si anak Wan Rohani Binti Abdul Ghani. Menurut hikayat, puteri comel ini sungguh kuat menangis. Manakan tidak, pengasuh sendiri surrender untuk menjaga tuan puteri dan terpaksa memulangkan kepada ibunda..
Puteri di tatang bagai minyak yang penuh. Maklumlah,puteri tunggal. Kegembiraan tidak lama buat si puteri apabila ayahanda tercinta pergi meninggalkan mereka sekeluarga selama-lamanya kerana hasad dengki dan khianat.
Puteri terus tabah.. mengharung kehidupan sebagai seorang kakak kepada 3 orang adik dan 2 orang abang.
Itu peristiwa 26 tahun yang lalu.. Puteri tidak tahu pada 2 tahun lalu di tarikh yang sama pada hari ini, ketika reunion bersama-sama dengan rakan-rakan sekolah menengah, ada seorang jejaka telah tertawan dengan ke 'cun' an malam itu. Lebih terkedu jejaka itu apabila puteri itu mengupas seekor udang buatnya.
Pada hari ini, puteri sekarang sudah memiliki seorang puteri hasil perkahwinan dengan jejaka yang dia kupas udang. Tanpa diduga, rupanya begitu pantas masa berlalu.
Selamat hari jadi sayang.. abang tak boleh bayangkan kebahagiaan yang sayang berikan buat abang selama 9 tahun perkenalan kita. Melahirkan seorang anak yang comel lagi hensem, Sayf Muslim, bersabar dengan sikap sambilewa abang, pemalas abang.
Abang tak mampu untuk meminta lebih dari ini. Semoga Allah merahmati sayang. Abang doakan di sana nanti, sayang dipermudahkan jalan ke syurga kerana abang redha dan abang tak mampu mengucapkan terima kasih. Semoga perkahwinan kita hingga ke akhir hayat.
Comments
selamat hari jadi untuk isteri khalis,
semoga berkekalan yep!
:)
hepi bsdy jg kt sg awk..hehe
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/05/gores-dan-menang.html
dilimpahkan rezeki..
dan..
makin bertambah anak..hehehe
ceria2 selalu.. heheh
^_____^
Miss Dill^^
pape pun..slmt hari lahir wat wife khalis yg tersayang..semoga panjang umo,murah rezeki dan senantiasa bahagia di samping family tercinta...
p/s: khalis dpt putera kan..terkejut chii baca kata puteri..ehehhe
take a good care of her :)
Amin, terima kasih..
smoga jodoh khalis and isteri brpanjangan.
and semoga sayf muslim akan brtambah hensem nnt. =)
semoga berkekalan hingga akhir hayat :) take care of ur wife and baby elok2 ye
isteri mintak sorokkan..hehe