Ron 97 naik RM.20, Ron 95 turun RM0.50

Bersama pemberita sebentar tadi

Putrajaya 5 Mei: Menggunakan teori harga minyak pasaran dunia, kerajaan hari ini bersetuju untuk menurunkan harga minyak ron95 sebanyak RM0.50 seliter. Dengan harga baru ini,pengguna minyak ron 95 mendapat penjimatan kepada RM1.40 seliter. Hal ini berkuat kuasa pada tengah malam ini. Selain itu, mekanisme harga minyak juga akan diubah dari bulanan kepada mingguan yang memungkinkan pengguna kenderaan bermotor memperoleh penjimatan RM 0.30 lagi pada minggu depan.

Dalam taklimat kepada wartawan, Perdana Menteri Malaysia , Dato' Sri Najib juga memaklumkan, pertumbuhan ekonomi negara yang kian pesat juga membuatkan kerajaan melancarkan insentif baru kepada rakyat. Antara insentif yang disenaraikan adalah seperti, penghapusan caj 3 peratus oleh PTPTN, memberi pinjaman tanpa cagaran kepada mahasiswa yang ingin berniaga sehingga RM 80,000, menurunkan harga kereta tempatan sehingga 35% terutama jenis sedan, pelajaran percuma di 5 Universiti utama mengikut ranking, perubatan dan pendidikan percuma kepada keluarga berpendapatan RM5000.00 ke bawah, serta pelepasan cukai kepada mereka yang membayar zakat.

Kerajaan juga bercadang untuk membatalkan 2 projek mega yang menimbulkan ketidakpuashatian masyarakat iaitu Mega Tower yang perbelanjaannya mencecah 5 Billion serta projek email yang bernilai RM50 Juta. Apabila ditanya adakah insentif ini adalah kerana pilihanraya yang semakin hampir.Najib menjawab "Ianya bukan isu pokok, yang penting ialah kebajikan masyarakat terbela".

Mengulas isu harga barang -barang seharian yang semakin meningkat naik saban hari, Najib sekali lagi menegaskan bahawa, semua pasaraya utama telah bersetuju untuk menurunkan harga dan janji ini telah dilafazkan oleh perjanjian MOU  antara kerajaan dengan wakil-wakil dari TESCO, GIANT, CAREFOUR, TUNAS MANJA, JAYA JUSCO serta wakil Dewan Usaha Niaga Cina.


Khalis yang sedang bermimpi.. alangkah indahnya kalau segala kat atas jadi kenyataankan?Huarghh..Ngantokk

Comments

la,mimpi ke? haha.rase nk mlompat je baca ron95 turun 50sen! :D
dill said…
cis! baru ingat nak bli keta. hehe

Miss Dill^^
Browacana said…
tu la...baru dengar brite naik..naik..naik...
SD said…
kuang ajar khalis nie... eiiiiii!!!! nak g serang cc khalis... mau cekik2 khalis....
mykhalis said…
@Muhamad Zaki Zafir sabo2..jgn melompat dulu
mykhalis said…
@Miss Dill cepat2..batalkan panggilan pembelian
Fahmi Ismail said…
Khalis, ini punya mimpi bila boleh bawak ke alam realiti??kehkehkeh
mykhalis said…
@Pembawa_Wacana maafla..ini igauan sahaja
mykhalis said…
@SD
wahahhaa..tak sengaja arrr..
mykhalis said…
@Fahmi Ismail boleh..lepas PRU 13 kot..
sarah mohamad said…
saya rasa tak elok benda2 macam ni di buat gurauan. nanti ada yg salah sangka. kalau fakta, katakan fakta terus.
mykhalis said…
@sarah mohamad sori2..Khalis banyak kali dah wat post sebegini.. sarcasme entry.. sori..
Anonymous said…
laaaaaaaaaaaaa......... ingatkan betul2 dah tadi.. lol
akulahct said…
eeeeee..... tipah tertipu....tipah tertipu... tipah tertipuuuu......

huwaaaaaaa.....
mykhalis said…
@ungulavender jgn marah arr..bagi segar mata sikit..hehe
mykhalis said…
@akulahct udah..baru kena tipu sikit dah berrapping dah..hehe
Aslina said…
laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

khalis ni kannn...

baru nak gembira2 ni... ingatkan betul2...

baca dengan bersungguh2 plak tu... tak berkelip mata... sampai laa part cakap cuma mimpi tu...

alahaiii... kalo jadi real kan best... mesti ramai senyum lebar dan gembira :D
mykhalis said…
@Aslina adehhh..sori2..just nk bg mata segar je di mlm hr
Ayie said…
Mati mati ingatkan betul.. hahahaa..
Nor Suhaiza said…
cissss.....semangat gilak baca entry ni...
ingtkn tipah je yg tertipu...
Anonymous said…
baru je nak rasa menyesal sebab isi ron95 pukul 11.30malam tadi.. haha
ShahzCudin said…
laaa..bergurau rupenye...sabau je ler..
Zikri Husaini said…
kalau betul turun... mahu jalan2 malam nie jugak.. huhu
Unknown said…
keh keh keh....ape la ko khalis... kan ramai dah "naik minyak" ko bukan tatau....jgn disebut bab minyak ni... ron 97 ke, ron 95 ke... minyak masak ke... even minyak belacak sekalipun...diorang sensitip..... keh keh keh..... boleh terbalik dunia akibatnya!
Akunyer said…
waa sampai hati khalis... dah cerah dah mata baca entri ni...tup-tup tak betul rupanya.... huhuhuhu nak g tido balik la.. :p
Sue Saari said…
cehhh...cik sue ingat betul la tadi..baru nak cuti pi pusing 1 malaysia klu ron95 turun mendadak...nampaknya pusing dalam mimpi macam khalis jer lah...
mykhalis said…
@Ayie
trick sikit2 je..hehee
mykhalis said…
@Nor Suhaiza itula pasal..nur pun tertipu juga
mykhalis said…
@ShahzCudin gurau ganas sikit hari nie
mykhalis said…
@Zikri Husaini kalau la turun kan?best nyee
~nsar~ said…
ceh... penipuan semata2.. mati2 dah percaya ni..
mykhalis said…
@~nsar~ hehehe..saje nak uji minda
mykhalis said…
@chentaNUYU mana ada!! tk baik tuduh tau
FurBall said…
makin lasak la rambut guwe..dah r kereta tak ley pakai ron 95...
mykhalis said…
@FurBall najib ckp org kaya je pkai ron95
Azura Mendezz said…
aduh... paragraph yg last tu mmg potong arr~~
hahahahhhh!! =P

Popular Posts