Iman? borak santai petang..

Khalis nak kongsikan sebuah cerita sebelum Khalis tunjukkan gambar-gambar kat bawah. Kalau anda jenis tak penyabar boleh skip dan terus tengok gambar..Tapi tak best arr sebab Khalis nak mengumpat nie.

Khalis bukan nak ngumpat sesiapa, cuma pernah tak berjalan di Taman KLCC. Alaa, tempat pasangan bercinta saling bersandar-sandaran, tempat couple meluah rasa rindu dan cinta. Tempat pak guard puas nak menghalau dan menegur kepada yang keras kepala nie.

Khalis ada seorang sahabat yang sama-sama aktiv dalam bidang motivasi.
Pada suatu hari dia tanya.. dan Khalis tanya terus pada anda k? Soalannya mudah sahaja..

"Along,( ini nama Khalis dalam program motivasi) sekuat-kuat iman, kalau kita nampak orang buat maksiat ialah menegur dengan tangan.. kalau lemah sikit dengan mulut,, lepas tue?"

Bagi Khalis soalan ini biasa sangat, Khalis jawab, "kalau lemah lagi tegur dalam hati dan itulah selemah-lemah iman"
Waktu menjawab ni macam bijak je rasa..hehe

Kemudian A.Syuk tanya Khalis.. "Kalau selemah-lemah iman ialah tegur dalam hati.. bagaimana kalau kita nampak maksiat di depan mata, kita tak tegurpun dalam hati.. Kita tak rasa apa-apa,, kita siap puji lagi..di mana tahap iman kita?"

Gulp.. serius Khalis terdiam. Yerlah.. adakala kita mengagumi, cantiknya baju artis ni,, walaupun jeans ketat tapi sesuai dengan shapes dia.. so? Di mana level iman kita,, kerana kita bukannya menegur,..malah memuji.. Padahal..

SELEMAH-LEMAH IMAN, BILA NAMPAK KEMUNGKARAN DI DEPAN MATA DIA TEGUR DALAM HATI..

Sama-samalah kita renungkan ek? Gambar Khalis share dalam post lepas nie la..hehe.. dapat buat 2 post..ngelat tak Khalis..

Comments

dill said…
mmg ngelat!

selalunye kalau nampak artis seksi sangat, saye sebut gak dlm ati 'Ya rabbi. seksi sangat. napelah tak pakai elok2'

Miss Dill^^
Ms.ze said…
khalis nie ngelat lak..
haha..
org x sabar nk tgk gambo..
BdK_pUnCaK said…
"Wahai Allah! Yang membalik-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati ku di atas ugamaMu dan ketaatan kepadaMu."
Miss Shikio said…
>__________<

sama2 lah muhasabah diri semula
Far8 budak baik said…
waaaa..aku terasa...
aku pun lebih kurang je
aku tahu tu salah tapi tetap
buat gakk..haih..
tq khalis..=)
[sutera kasih] said…
tak prnh lagi pegi taman KLCC :P

urm, betul gak tu..kdg2 kita xsdr yg kita memuji sesuatu yg bercanggahan..
safurara said…
tegur dlm hati?hmmm boleh ke?tp mcm dorg tak tau lah kite tegur dorg.
qasehraihan said…
woooo...xbek tau dia..huk
Cik TeN10 said…
tegur dlm hati.. 1st time dgr nih.. explain please O.o
mykhalis said…
@Miss Dill Alhamdulillah.. Khalis sendiri ada jugak terpuji dalam hati..
mykhalis said…
@kucarkacir lepas ni tunjuk gambar ek?
puteri ain said…
level iman ... *i'm thinking *
hmmm..
mykhalis said…
@Miss Shikio sama-sama saling beringat-ingat
mykhalis said…
@Far8 budak baiksama-sama, yang mana termampu
mykhalis said…
@rara pinkmafia sebab itu dinamakan selemah2 iman
mykhalis said…
@qasehraihan apa yg tak baik?huuu..
mykhalis said…
@Cik TeN10 nnt Khalis ceritakan ek..tapi kalau wat google sendiripunok jugak
mykhalis said…
@puteri ain untuk saling beringat di sini..
Puan Kutu said…
isk pandai khalis nie bhuat 2 entri!hehe..selalu nmpk artis seksi menyampah ada la..
~nsar~ said…
betul kata a.syuk tu.. bila jumpa dengan satu pasangan yang sorang cantik sorang hensem.."wa sepadannya".. hilang sikap membenci tu...
mykhalis said…
@Puan Kutu heheh.. ngelat sekali sekala
mykhalis said…
@~nsar~ yup..itulah berlaku..camne agaknya tukan?
Sue Saari said…
err..sabar jelah..mana gambarnya khalis??
mykhalis said…
@Cik Sue nest post ada..hehe
mOon EyEzS said…
pe kata kita bako je taman klcc 2...

Popular Posts