SUKAN: Permainan kanak-kanak yang makin dilupakan

SUKAN 11 Feb.- Timbalan Menteri Belia dan Sukan hari ini ketika merasmikan Jom Heboh berkata permainan kanak-kanak sudah semakin dilupakan. Kebanyakan kanak-kanak pada masa sekarang banyak bermain permainan komputer dan konsol yang mana ridak banyak mengeluarkan peluh.

Permainan seperti Counter Strike, GTA San Andreas, Zombie vs Plants dan DOTA menjadi kegilaan kanak-kanak pada masa ini. Menurut beliau lagi permainan-permainan ini menjurus kepada keganasan dan tahyul. Selain membazir duit dengan membayar cyber cafe, mereka juga tidak bersenam dan risiko obesiti.

Apabila ditanya wartawan, senarai 5 pemainan pada zaman kanak-kanak beliau, beliau bekata:

Berikut adalah 5 permainan yang saya mainkan masa kanak-kanak dan cata memainkannya.

1                    Pemainan ceper
Pemain dikehendaki mengumpul tudung botol air soda ataupun kicap, pemain boleh memilih untuk membiarkannya pada keadaan asal atau meleperkannya supaya saiznya menjadi lebih besar. Caranya, pemain perlulah mencampakkan 5 tudung ceper dan hanya boleh memilih 1 sahaja rudung ceper untuk ditarik. Kemudian, pihak lawan akan mengarahkan ceper mana perlu ditukan kepada ceper lain. Boelh menggunakan apa sahaja cara tetapi mesrilah menggunakan tangan. Adakalanya, kalau ceper dibaling terlalu jauh boleh meminjam tangan kawan-kawan.


2                    Ketingting
Permainan memerlukan lukisan kotak di atas tanah, dan setiap pemain akan mencari sebijik batu yang dirasakan paling serasi dengan jiwa mereka dan dipanggil ’bijik kor’. Pemain akan membaling batu ke dalam kotak, dan mereka tidak dibenarkan menjejakkan kaki di atas kotak2 yang ada bijik kor sendiri atau orang lain. Pemainan ini memerlukan mereka berjingkit atau berkaki sebelah sahaja


3                    Rounders
Sama seperti Bola Lisut tapi versi melayu

4                    Baling Selipar
Baling selipar pula menggunakan selipar jepun akan digabungkan membenruk segitiga. Pihak lawan akan cuba membaling selipar mengenai selipar yang disusun tadi. Jika semasa membaling, pihak bertahan dapat menyambut selipar maka giliran mereka tamat. Kalau mereka berjaya menjatuhkan dalam 3 kali cubaan, pihak bertahan akan cuba membaling selipar ke badan pemain yang cuba menyusun kembali selipar yang mereka jatuhkan. Pembaling yang ingin membaling selipar kepada pasukan penyerang tidak boleh bergerak walaupun 1 langkah.


5                    Batu Seremban
Tak larat nak tulis..ramai dah tau.. hahahha

berikut adalah permainan lain yang biasa dimainkan semasa zaman kanak-kanak

"Getah Atas Para"
1. Getah Atas Para
  • Permainan individu ini sering dimainkan oleh kanak-kanak lelaki.
  • Hanya memerlukan kawasan gelanggang yang sederhana luas.
  • Tidak memerlukan banyak peralatan. Selain kayu yang dibenamkan ke dalam tanah, setiap pemain perlu memiliki getah induk masing-masing.
  • Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li tam plong'. Seterusnya menggunakan kaedah 'wan tu som' bagi penentuan pemain terakhir.
  • Setiap pemain meletakkan getah taruhan masing-masing di atas para.
  • Pemain giliran pertama melakukan bidasan menggunakan getah induk.
  • Getah yang jatuh; diambil menjadi miliknya.
  • Getah yang mengena para tidak boleh diambil. Dibiarkan begitu saja.
  • Setiap pemain berusaha mengambil getah taruhan bagi menambahkan koleksi masing-masing.


"Ketinting Kapal Terbang"

2. Ketinting Kapal Terbang
  • Kanak-kanak perempuan menggemari permainan individu ini.
  • Membuat gelanggang permainan dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.
  • Selain gelanggang, setiap pemain mestilah memiliki 'gundu' masing-masing.
  • Melakukan penentuan giliran.
  • Pemain pertama memulakan ting-ting.
  • Selesai melakukan pusingan pertama, lalu mencampak gundunya di petak kedua.
  • Giliran setiap pemain bertukar-ganti apabila pemain utama berstatus 'mati'.
  • Pemain yang berjaya memiliki rumah paling banyak dianggap sebagai pemenang.


"Ketinting Buku"

3. Ketinting Buku
  • Permainan ini merupakan kegemaran kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki.
  • Selain aturan permainan, gelanggang bagi ketinting ini juga berbeza daripada ketinting kapal terbang.
  • Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li tam plong' dan seterusnya 'wan tu som'.
  • Kesemua pemain meletakkan gundu masing-masing di petak pertama.
  • Pemain pertama memulakan permainan. Gundunya dikutip ketika berada selari dengan kedudukannya.
  • Sebelum membina rumah, pemain perlu melakukan imbangan gundu terlebih dahulu.
  • Semasa mencampak gundu untuk membina rumah, pemain mestilah membelakangi gelanggang permainan.
  • Setiap pemain berusaha untuk memiliki rumah sebanyak mungkin.


"Batu Seremban"

4. Batu Seremban
  • Kanak-kanak perempuan memonopoli permainan ini.
  • Guli, batu kerikil sederhana besar, biji getah atau pundi-pundi kecil dijadikan sebagai buah.
  • Pemain utama memulakan permainan dengan cara menaburkan buah seremban.
  • Jika ada buah yang bersentuhan, maka status pemain ini dianggap mati.
  • Setiap peringkat buah adalah berbeza mengikut urutan aturan yang telah ditetapkan.
  • Bermula dari buah satu hinggalah kepada buah terakhir yang juga dikenali sebagai buah 'king'.
  • Kemudian melakukan imbangan buah bagi mendapatkan mata.
  • Pemain yang berjaya memperolehi mata paling tinggi dikira sebagai pemenang.


"Aci Sorok"

5. Aci Sorok
  • Kanak-kanak lelaki dan perempuan menggemari permainan individu ini dan mereka bermain bersama-sama.
  • Undian dilakukan untuk mendapatkan seorang pemain yang berperanan sebagai pencari. Manakala pemain lain dikenali sebagai awak-awak.
  • Tiang atau pokok dijadikan rumah induk untuk pencari membuat kiraan.
  • Pencari memulakan permainan dengan cara menutup matanya sambil membuat kiraan dari 1 hinggalah ke-100.
  • Sejurus selesai membuat kiraan, pencari memulakan pencariannya.
  • Pencari mestilah menyebut nama pemain diikuti sebutan 'ibu' apabila berjaya menjumpai salah seorang pemain.


"Cari Cucu"

6. Cari Cucu
  • Permainan ini amat menyeronokkan dan ianya menjadi kegemaran kanak-kanak lelaki dan perempuan.
  • Sebatang kayu dijadikan sebagai tongkat dan sehelai kain atau sapu tangan digunakan di dalam permainan ini.
  • Undian dilakukan bagi mencari seorang pemain yang berperanan sebagai nenek. Manakala pemain lain dikenali sebagai cucu.
  • Kesemua cucu berpegangan tangan antara satu sama lain untuk membentuk satu bulatan.
  • Sambil mendendangkan lagu, kesemua cucu bergerak mengelilingi nenek yang berada di tengah-tengah bulatan.
  • Sejurus selesai cucu mendendangkan lagu, kini giliran nenek pula menyanyikannya.
  • Nenek mula mencari individu cucu yang berada di sekelilingnya.


"Galah Panjang"

7. Galah Panjang
  • Permainan berkumpulan ini merupakan kegemaran kanak-kanak lelaki.
  • Membuat gelanggang dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.
  • Setiap kumpulan terdiri dari 3 pemain awak-awak dan 1 pemain sebagai ketua kumpulan.
  • Apabila salah seorang pemain penyerang berjaya disentuh, maka kumpulan ini dikira 'mati'.
  • Pertukaran giliran dilakukan dan pasukan pertahanan mengambil peranan sebagai pasukan penyerang pula.
  • Pemain penyerang yang berjaya melepasi garisan dan berjaya tiba di garisan penamat dianggap memenangi pusingan ini. Satu mata diberikan kepada kumpulan ini.
  • Kumpulan yang berjaya memungut mata paling banyak dianggap sebagai pemenang.


"Guli"

8. Guli
  • Permainan individu ini sering dimainkan oleh kanak-kanak lelaki.
  • Setiap pemain perlu mempunyai beberapa guli taruhan dan sebiji guli induk.
  • Satu bulatan digoreskan di atas tanah. Kesemua guli taruhan diletakkan di dalam bulatan.
  • Pemain pertama memulakan permainan dengan cara melontar guli induknya dan disasarkan ke arah guli taruhan yang berada di dalam bulatan.
  • Guli taruhan yang keluar dari bulatan dikutip menjadi miliknya. Manakala guli induk tidak boleh disentuh atau diambil.
  • Sekiranya guli induknya tersangkut di dalam bulatan, maka status pemain ini dikira mati.
  • Pemain yang berjaya menambah koleksi guli masing-masing dianggap sebagai pemenang.


"Jala Itek"

9. Jala Itek
  • Permainan ini menjadi kegemaran kanak-kanak lelaki dan perempuan. Malah mereka bermain bersama-sama.
  • Dua orang pemain dilantik sebagai ketua dan mereka dikehendaki mencari ahli kumpulan masing-masing.
  • Setiap ketua memilih nama samaran masing-masing. Hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya.
  • Kedua-dua ketua berdiri secara berhadapan sambil memegang tangan masing-masing dan diangkat sedikit ke atas.
  • Sambil mendendangkan nyanyian, awak-awak berjalan di bawah tangan kedua ketua tersebut.
  • Pemain yang ditangkap dikehendaki memilih nama samaran. Jika pemain memilih nama samaran ketua pertama, maka pemain ini menjadi ahli kumpulannya.
  • Setelah setiap kumpulan mempunyai ahli masing-masing, kemudian melakukan adu kekuatan. Kumpulan yang berjaya menarik masuk kumpulan lawan ke kawasannya dianggap sebagai pemenang.


"Konda-Kondi"

10. Konda-Kondi
  • Kanak-kanak perempuan kurang menggemari permainan berkumpulan ini.
  • Melakukan undian untuk mendapatkan giliran sebagai pemain kumpulan utama dan pemain kumpulan kedua.
  • Lubang dikorek di atas permukaan tanah. Pemain utama meletak kayu anak melintangi lubang. Lalu menguis kayu anak menggunakan kayu ibu.
  • Pemain kumpulan kedua berusaha menangkap kayu anak yang melambung di udara.
  • Jika kayu anak berjaya disambut, maka kumpulan utama dikira mati. Giliran permainan bertukar. Kumpulan kedua akan mengambil peranan sebagai kumpulan utama pula.
  • Meneruskan permainan pada tahap dua. Pemain utama memukul kayu anak.
  • Pemain utama berusaha menghalang kayu anak yang dibaling oleh pemain kedua.
  • Mata dikira dengan cara membaringkan kayu anak menghala ke arah lubang.


"Sepak Raga"

11. Sepak Raga
  • Selain kanak-kanak lelaki, lelaki dewasa juga menggemari permainan ini.
  • Sebelum memulakan permainan, sebiji sepak raga yang diperbuat daripada rotan diperlukan.
  • Kesemua pemain berdiri dan membentuk satu bulatan.
  • Salah seorang pemain memegang bola raga, lalu melambung ke arah rakannya. Pemain menimang bola sekali atau beberapa kali sebelum menendang ke arah rakannya yang lain.
  • Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran menimang bola agar ianya tidak jatuh ke tanah.
  • Jika bola jatuh ke tanah, salah seorang pemain mengutipnya, lalu melambung ke arah rakannya.


"Baling Tin"

12. Baling Tin
  • Permainan berkumpulan ini dimainkan bersama oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan.
  • Melakukan undian terlebih dahulu untuk penentuan giliran sebagai pemain kumpulan utama dan kumpulan kedua.
  • Sebelum memulakan permainan, tin disusun terlebih dahulu.
  • Pemain daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling bola ke arah tin.
  • Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua tin.
  • Jika pemain berjaya menjatuhkan kesemua tin, maka tugas pemain kumpulan kedua adalah membaling bola ke arah pemain kumpulan utama untuk mematikannya.
  • Sekiranya pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula tin, maka kumpulan ini dianggap memenangi permainan pada pusingan ini.


"Susun Selipar"

13. Susun Selipar
  • Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan mereka bermain bersama-sama.
  • Peralatan yang diperlukan adalah 3 belah selipar dan sebiji bola tenis.
  • Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling bola ke arah selipar yang telah disusun.
  • Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua selipar.
  • Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan melontar bola bagi menjatuhkan baki selipar yang ada.
  • Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan bola dan disasarkan ke arah anggota badan kumpulan utama.
  • Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula kesemua selipar tersebut.


"Main Tikam"

14. Main Tikam
  • Permainan individu ini amat popular di kalangan kanak-kanak lelaki.
  • Kanak-kanak duduk bersila atau bersimpuh semasa melakukan permainan ini.
  • Alatan tikam dilambung ke udara. Setiap pemain mestilah mahir mengawal alatan tikam agar ianya jatuh terpacak di atas permukaan tanah yang gembur.
  • Jika alatan tikam jatuh tanpa terpacak, maka pemain ini dianggap mati.
  • Setiap pemain melakukan permainan ini mengikut tahap yang telah ditetapkan.
  • Pemain yang berjaya menamatkan kesemua tahap permainan dianggap memenangi permainan ini.


"Dam Aji"

15. Dam Aji
  • Permainan strategi ini dimainkan secara individu. Selain kanak-kanak lelaki, lelaki dewasa juga menggemari permainan ini.
  • Permainan ini dimainkan di kawasan anjung rumah. Manakala lelaki dewasa lebih gemar bermain di kedai kopi sambil berbual kosong.
  • Setiap pemain berusaha mengalahkan lawan masing-masing dengan cara memakan buah dam lawannya.
  • Permainan ini mengambil masa yang agak lama kerana setiap pemain perlu berfikir dan berupaya memerangkap pihak lawan bagi mengalahkannya.
  • Pemain yang berjaya memakan kesemua buah dam milik lawannya dianggap memenangi permainan ini.
  • Status seri juga boleh berlaku jika kedua-dua pemain gagal mengalahkan lawan masing-masing.


"Aji Terbang"

16. Aji Terbang
  • Sama seperti dam aji, permainan ini juga digemari oleh kanak-kanak lelaki. Tetapi lelaki dewasa tidak menggemarinya.
  • Cara susunan buah dam adalah sama seperti permainan dam aji. Cuma cara dan peraturannya ada sedikit perbezaan.
  • Pemain dimestikan makan buah dam pihak lawan jika ada peluang.
  • Sekiranya pemain tidak makan buah dam milik lawannya sama ada dengan sengaja atau pun tidak, maka buahnya akan dirampas.
  • Menariknya, apabila buah dam berstatus aji, maka buah aji ini boleh terbang dan berhenti di kesemua arah.
  • Pemain yang berjaya memakan kesemua buah dam milik lawannya dianggap memenangi permainan ini.


"Congkak"

17. Congkak
  • Permainan individu ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Selain kanak-kanak, perempuan dewasa termasuklah ibu-ibu dan nenek-nenek juga menggemari permainan ini.
  • Guli, batu kerikil kecil ataupun biji getah dijadikan buah congkak.
  • Pemain menggali lubang bagi membuat gelanggang permainan.
  • Setiap pemain memasukkan 7 biji buah congkak ke dalam setiap lubang congkak.
  • Permainan dimulakan serentak dan setiap pemain berusaha menambah bilangan buah congkak di dalam lubang rumah masing-masing.
  • Permainan berterusan sehinggalah tiada lagi buah congkak berada di dalam lubang di kampung masing-masing.
  • Permainan ini mengambil masa yang agak lama dan pemain yang berjaya memungut buah congkak yang paling banyak dianggap memenangi permainan ini.


"Lompat Getah"

18. Lompat Getah
  • Kanak-kanak perempuan menggemari permainan ini. Manakala kanak-kanak lelaki tidak meminatinya dan mereka lebih gemar membuat onar.
  • Getah gelang dijalin menjadi rantaian getah yang panjang.
  • Kemudian kesemua pemain melakukan undian bagi menentukan giliran untuk tempat pertama, kedua dan seterusnya. Pemain yang kalah di dalam undian ini akan mengambil giliran di tempat yang terakhir.
  • Dua orang pemain ditugaskan memegang kedua belah hujung rantaian getah. Manakala pemain giliran pertama memulakan permainan dengan cara melompat melepasi rantaian getah yang dipegang oleh rakan mereka.
  • Kedudukan getah dinaikkan mengikut tahap permainan yang telah ditetapkan.
  • Jika pemain pertama gagal melepasi tahap permainan tertentu, maka pemain ini dikira mati dan giliran seterusnya diberikan kepada pemain yang berikutnya.


"Lawan Bola"

19. Lawan Bola
  • Permainan individu ini dimainkan di kawasan anjung rumah ataupun di dalam rumah.
  • Pemain perlu menyediakan peralatan permainan termasuklah bola kertas, pemain, gol serta padang permainan.
  • Kedua-dua pemain menyusun kedudukan pemain masing-masing.
  • Memulakan sepakan bola dengan cara menjentik pemain ataupun menepuk pemain.
  • Jika tepukannya baik, bola meluncur laju ke arah gol.
  • Kedua-dua pemain berusaha mengalahkan lawan masing-masing dengan cara menyumbat gol.
  • Pemain yang berjaya menjaringkan gol paling banyak dianggap memenangi permainan ini.


"Gasing"

20. Gasing
  • Permainan individu ini dimainkan di kawasan halaman rumah.
  • Membuat satu bulatan dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.
  • Melakukan penentuan giliran dengan cara setiap pemain melontar gasing masing-masing ke arah garisan penentuan. Gasing yang jatuh paling hampir dengan garisan penanda serta berpusing akan mengambil giliran di tempat pertama.
  • Manakala gasing yang jatuh paling jauh daripada garisan penanda atau gasingnya tidak berpusing dijadikan sebagai gasing penahan.
  • Pemain pertama memulakan permainan dengan cara memangkah gasing penahan yang berada di dalam bulatan.
  • Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran melilit gasing, menjatuh dan memusingkan gasing.






Comments

Popular Posts