Oh Artis di Hack..
Berikut adalah sumber dari http://affanruslan.com
Oh tidak! Oh Artis, iaitu salah satu laman web dibawah syarikat Oh! Media telah digodam pagi tadi. Seperti yang yang diketahui umum, Oh! Artis merupakan laman web yang memaparkan isu-isu semasa dan dunia gosip mengenai artis tempatan. Dibawah merupakan screenshot yang sempat diambil.
Amaran Untuk Oh! Media
Nampaknya pihak Oh! Media bernasib baik kerana penggodam bertindak baik kerana tidak melakukan deface, sebaliknya hanya meninggalkan mesej yang berbunyi:
Oh! Artis kena hack dengan tubelawak
Screenshot yang sempat diambil. Harap maklum, tiada photoshop atau edit yang dilakukan keatas gambar. Sebagai sebuah syarikat media yang semakin berkembang maju di Malaysia, nampaknya penggodam tersebut hanya memberikan amaran agar Khai, iaitu pemilik Oh! Media agar menitik beratkan lagi sekuriti laman-laman web lain dibawah jagaannya seperti Oh! Tidak, Justkhai, Oh! Dara dan lain-lain lagi.
Adakah Tubelawak Yang Bersalah?
Seperti yang dapat dilihat, penggodam turut meletakkan signature "tubelawak". Tapi yang menghairankan, Tubelawak merupakan sebuah laman web mengenai lawak-lawak berkualiti dari crayon. Hairan kan? Sapa punya keje lah ni. Adakah tubelawak mencari populariti murahan atau sekadar membuat lawak?
Seperti yang kita tahu, sebelum ni pihak Oh! Artis menggunakan tagline "kami blog hiburan paling keji", mungkin sebab meraka banyak mendedahkan berkenaan artis-artis. Setelah menggodam Oh! Artis, adakah tubelawak kini boleh dianggap sebagai blog yang "lebih keji dari yang paling keji"? Hehe
kredit sepenuhnya kepada penulis asal http://affanruslan.com/oh-tidak-laman-oh-artis-digodam/
Comments