Kisah Jari

Pada suatu hari yg damai, seorang gergasi bangun dari pembaringannya. Dengan hati yg kurang riang, almaklum sejak dari semalam semua jari tangannya kebas-kebas. Mungkin dari akibat terlalu lama mengapak pokok. Si gergasi ini bangun dan mencari makanan, sambil termenung memikirkan surutnya pendapatan akibat taufan yg masih lagi memberi kesan kemusnahan keatas tapak semaiannya, dia mengharapkan agar sesuatu yg baik bakal menyusul selepas kerja-kerja pemulihan dilakukan. Dlm mengelamun itu, dia terlena. Tika ini lah kelima-lima jemari mula berbual sesama sendiri.
Si ibu jari: tahukah kalian bahawa akulah yg paling penting kepada tuan kita ini?
Tanya yg lain: kenapa pula kau berkata demikian?
Si ibu jari: tanpa aku, segala urusan rasmi yg melibatkan pengenalan diri tuan kita, tidak sah, kan ke aku yg diambil copnya untuk pengesahan, kau semua mana layak! jawab ibu jari.


Dengan yakin jari telunjuk pula berang, Hoi, aku lebih berkuasa dari kamu semua. Kalau tuan kita nak mengarahkan orang lain untuk buat kerja, dia cuma memerlukan aku sambil duduk saja, tak payah susah-susah dakwa sitelunjuk dengan bangga. 

Ha! Ye le kamu je yang bagus, akulah yang paling tinggi kedudukan ku antara kamu semua, dan yang tengah diapit oleh kamu semua, sudah tentulah aku yg paling istimewa, malah nama aku je dah menggerunkan bantah si jari hantu. 


Hoi, dengar sini semua, kalau takat tinggi, boleh mengarah, dan diambil cop je, tapi tak kaya tak guna gak, kamu semua tahu, akulah yg paling kaya diantara kamu, lihat tuan kita tidak pernah menanggalkan cincin batu berlian ini dari badan ku, pastilah aku yang paling dia sayang dan dihargai tukas sijari manis penuh bangga. 

Sejak dari tadi, jari kelingking yang berdiam diri akhirnya bersuara dengan lemah dan sayu. Sudahlah, kamu semua, tak baik kita bercakaran, walau pun aku yang paling kecil dan halus pula tu, tapi aku juga ada memberi kebaikan kepada tuan kita, yelah walau hanya tugas yang tidak mulia, setakat membuang kotoran dari lubang hidungnya, kalau aku tak buat dan lubang hidungnya tersumbat dia tak bernafas, lalu mati.. kita semua dah takde fungsinya lagi terang sikelingking penuh sayu. 

Begitulah kisahnya, moral : Untuk saya, saya, saya dan kita semua, 

Kita tidak akan mampu untuk mengatakan bahawa kitalah yang sebenarnya hebat dan paling bermakna dalam apa-apa jua keadaan. Walaupun mungkin orang lain yang mengangkat martabat kita. Malah sering terjadi yg diiktiraf tidak pula meninggi diri tapi para juak-juaknya pula yang terlebih senduk dari kuali. Akhirnya tempias busuk itu terpercik juga dlm piring hidang si terhormat!!!!!! 

Sebenarnya KITA AKAN DIHARGAI bilamana KITA TAU MENGHARGAI insan lain, walaupun pada mata kasar sumbangan yang diberikan hanya setakat sebatang pensil kayu .
Lihat pada orang gila yang bersepah di mana-mana dikota kita, renung ke sekujur tubuh dan setiap perbuatan mereka yang kadang kala menjijikkan. Apakah yang kita dapat? Tiada? Hanya sekadar seorang manusia malang, yang tidak punya akal waras? Seorang manusia yang hilang maruah diri? Merempat? Mengutip dari tong-tong sampah? 

Lihat lagi.. Tidurnya dikaki lima.. bertemankan kotoran dan air longkang busuk, nyamuk dan tikus .. eeeee kotornya . Kemudian lihat pada diri kita sendiri ada apa-apa pengajaran yang kita perolehi? Atau kita setakat menjeling sepi pada si gila tadi ya Allah, bersyukur aku kehadrat mu kerana aku diberi peluang tidak jadi seperi itu . dengan segala kenikmatan yang aku kecapi 

Moral dari sigila : Kita bersyukur kerana diberi kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi kehidupan dan mengatasi masalah dengan baik, tidak sampai kita terlalu tertekan dan akhirnya hilang kewarasan walau ada KELUKAAN, atauKEGAGALAN,mengaku tewas dan lalu kita merasa sayu, tapi BERANILAH UNTUK GAGAL kerana kejayaan selepas kegagalan itu lebih hebat dari kita terus berundur bangkitlah kerana KLCC tidak dibina dlm masa sehari.. 

Ayuh teman-teman, bangkitlah memberi sumbangan kerana kau juga sebenarnya berharga walaupun tidak ramai yg mengiktirafkannya

Comments

Popular Posts