Fakta Menarik Tentang Barah Payu Dara
Seseorang wanita yang bekerja syif malam -
jururawat, pekerja kilang, juruwang, dan pramugari merupakan golongan
yang cukup mudah diserang kanser payu dara. suasana malam berbeza dengan
waktu siang dimana cahaya matahari membantu sesetengah hormon
dirembeskan. Namun ada sesetengah hormon yang hanya dapat dikeluarkan
pada waktu malam. Kajian oleh institut kanser Epidemiologi di
Copenhagen, Denmark, mendapati wanita berumur antara 30-54 thn lebih
mudah menjadi mangsa. Dr Johnni Hansen yang menjalankan kajian itu
keatas lebih 7,000 wanita, mendapati lebih separuh yg mengidap kanser
payu dara adalah mereka yang selalu bekerja malam Hormon melatonin hanya
boleh dirembeskan diwaktu malam (waktu gelap tanpa cahaya) tapi
pengeluarannya tentulah terganggu oleh cahaya lampu. Kekurangan
melatonin dalam badan memberi peluang sel barah mudah tumbuh. keadaan
menjadi bertambah buruk bila cahaya lampu juga menjadikan paras estrogen
meningkat. Ia menjadi penyebab utama kanser payu dara. Wanita tidak
patut dibiarkan bekerja malam kerana risiko diserang barah payu dara
adalah tinggi... .
Comments