pupuk anak minat membaca... bagaimana?( Review Kak Mas )
Assalamualaikum, gembira je pagi ni.. Kita kena berfikiran positif..lagi-lagi bila Arsengal seri pagi tadi..Wahahhaahaa.. Ape-pun, Khalis nak bawak anda berkenalan dengan Kak Mas yang merupakan seorang setiausaha sebuah jabatan kerajaan. Sebab tu nama blog dia Mrs Secretary..
Kak Mas dikurniakan sepasang cahaya mata. Jadi di sini kita akan ambil sedikit tips-tips terumatama buat sesiapa yang bakal menjadi Papa ataupun dah jadi Papa cam Khalis. Bukan apa, belajar dari pengalaman lain dari kita dapat dari buku tau. Jom baca tips dari dari Kak Mas.
Assalamualaikum...(^ ^)
bertemu kembali kita di hari Isnin... sungguh cepat dan pantas masa berlalu, dah nak hampir ke pertengahan tahun 2011! moga segala azam yang kita sematkan hampir tercapai... mudah-mudahan!
Mas bersyukur sangat kerana kedua2 anak Mas memang minat membaca... si kakak memang pandai membaca seawal umur 5 tahun tapi si adik masih belum boleh membaca dengan lancar walaupun dah berusia 5 tahun... budak lelaki biasanya lambat sikit... yelah banyak main kan? mereka akan membaca buku di mana sahaja jika ada kesempatan... walaupun di dalam kereta!
kakak memang minat membaca dari usia 5 tahun... pergi ke mana2 mesti bawa buku!
arfan pun semakin hari semakin berminat untuk membaca... semuanya pengaruh kakak!
sebenarnya bagaimana nak pupuk anak2 kita minat membaca? banyak cara tapi terpulang kepada kita nak manfaatkannya... kalau ikut cara Mas begini je!
- banyakkan beli bahan bacaan untuk anak2 kita... sebulan sekali lagi bagus!
- ajak anak2 membaca bersama setiap kali kita nak baca buku ataupun suratkhabar
- galakkan mereka membawa buku jika mahu keluar beriadah di luar
- sediakan bahan bacaan yang mudah dibaca dan difahami oleh mereka
- sediakan bahan bacaan seperti buku cerita di dalam kereta
- selalu bawa mereka ke kedai2 buku dan biarkan mereka membaca di sana sehingga puas
- ajar anak2 membaca seawal umur mereka 1 atau 2 tahun... insyAllah berkesan!
"membaca itu jambatan ilmu"
Camne? Haa,,sape yang asyik berkepit tue cepat-cepatla ke jinjang pelamin ek. Boleh praktikkan ini pada anak-anak nanti. Kalau ada adik kecikpun boleh jugak,, So, apa lagi, jom berkenalan dan ziarah Kak Mas
Comments
khalis memang terbaiklah!
Persekitaran di rumah mestilah dipenuhi dengan bahan bacaan...
Ibu-bapa pula mesti menunjukkan contoh tabiat membaca kepada anak2...
same arr kita..hehe