PELAJARAN: Jangan tinggalkan tempat kososng walaupun tak tahu jawapan
Kenangan menjawab soalan ketika diploma dahulu sangat melucukan. Masih saya ingat ketika menjawab soalan statistik yang merupakan subjek ulangan kali ke dua. Ternyata, tanpa Cikgu Bahaman, matematik bukanlah dunia saya. Saya menjawab soalan statistik dengan menggunakan karangan!!Beserta ayat-ayat rayuan supaya saya lulus.
Selepas sahaja tamat masa peperiksaan, seorang budak junior yang saya tumpang kelas untuk mengulangi bertanya. “ abang jawab ape panjang sangat? Saya tengok penuh ketas abang” saya berlalu sambil tersenyum sugul. Maklumlah, kompom gagal.
Entah mengapa, selepas sahaja keluar keputusan peperiksaan, saya mendapat c+.. ternyata, kadang-kadang, kita tak boleh beputus asa. Tulislah apa jua. Saya beranggapan ketika lecturer menanda kertas saya mungkin sesuatu benda menarik telah berlaku dalam hidupnya. Mungkin suaminya membelikannya kereta baru, bunga atau anaknya dapat hadiah di sekolah.
Apa-apapun, di bawah ini merupakan 10 jawapan peperiksaan paling pelik yang saya ambil dari sebuah laman web.
Comments