LUKISAN DRAGON BALL YANG MACAM SEBENAR.

Siapa yang tidak minat dengan Dragon Ball. Pertama kali saya membaca komik ini ketika masih darjah 1. pada tahun 1992. Bermula pada masa itu, saya mula mengumpul duit setiap hari untuk memastikan saya orang terawal di sekolah yang mampu beli komik ini. Maklumlah, pada masa itu bukan ada banyak kedai buku. Internet pun tak kenal lagik.

Walaupun tahun berganti tahun, dragon ball tetap menjadi komik pilihan saya. Animasinya saya kumpul sehingga kini. Tapi sayang, ketika masih belajar di universiti, mak saya ambil keputusan untuk membakar semua koleksi komik saya, Dragon Ball, Apo, Ujang, Misteri Naga, Slam Dunk, Shin Chan, dan pelbagai lagik hasil kebanyakannya keluaran Comik House kerana adik saya tidak mengemasnya dan malas belajar. Sedih sangat.

Saya belek2 internet tadi untuk mencari wallpaper Dragon Ball dan saya terjumpa illustrasi yang sangat superb. Jadi saya kongsikan dengan anda. Bagi saya memang cun sangat. Kalau minat Dragon Ball anda mesti kenal dengan watak-watak inikan?






Comments

Encik MamaT said…
tapi kecewa dengan filen aritu...
mykhalis said…
wpic fail..bukan langsung dragon ball.. mcm hampeh stephen chow..

Popular Posts