MENGAPA BISKUT YANG DIJUAL BERLUBANG?
Secara jujurnya Khalis tak pernah membayangkan atau terpikir kenapa biskut2 yang di beli berlubang-lubang. Pada jangkaan Khalis mungkin kerana style, rekabentuk mesin atau trademark. Tapi, biskut berjenama apapun mesti berlubangkan? Oreo ke, biskut banjir ke? Hup Seng ke.. Ping Pong ke.. mesti berlubang.
Pencarian hari ini menunjukkan bahawa biskut-biskut ini dibuat berlubang bukanlah kerana suka-suka. Namun ianya adalah kerana untuk memastikan biskut-biskut ini masak secara rata. Kalau diikutkan, biskut ini akan mengeluarkan wap/ haba. Tanpa lubang-lubang ini, biskut akan mengelembung dan membuatkan biskut kelihatan buruk. Selain itu, dengan lubang-lubang ini, biskut akan lebih rangup.
Kalau lubang-lubang biskut ini dibuat terlalu dekat menyebabkan biskut akan menjadi sangat keras dan kering kerana terlalau banyak wap yang keluar. Kalau terlalu jauh, gelembung yang hodoh akan muncul.
Comments
thanks for the fact~ xD
pada ana, ade lubang kat biskut spy senang semut nak main chak2...hahaha..teruk kan fikiran raudhah ni? tak matang langsung =)
btw, raudhah folo yer *132 =)
http://anaraudhah.blogspot.com/2011/02/im-strange-like-her-nelly-put-me-yeah.html