Sejijik jijik manusia.. mencuri dari manusia yang sedang dalam kesusahan

Ini adalah video banjir dalam bilik tidur di rumah mak mentua.. Pedulikkan insan yang muncul dalam video ni.. sebab dan pukul 12 dah kot time ni.. 


Salam, semalam Khalis dan sekeluarga mendapat bantuan mangsa banjir. Antara bantuan yang kami dapat ialah susu tepung, pampers, teh, biskut, mi, dan pelbagai lagi.

Bapa saudara dan mak saudara Khalis merupakan seorang peniaga apam balik. Sudah hampir 14 tahun mereka berniaga di depan pasar Endau. Kalau ada orang Endau ke, Rompin ke, Mersing ke mesti pernah dengar nama Mark One Apam Balik ( Apam balik Mak Wan)

Sudah la kerana banjir tidak dapat berniaga.. Untuk mana -mana peniaga tidak berniaga merupakan kerugian. Terutama melibatkan barang mentah. Apa yang lebih menyedihkan, bila banjir surut sedikit di siang hari, mak saudara Khalis pergi la nak tengok barang-barang berniaga dia. Sedihnya tak dapat dicakap apabila gerainya dipecah dan ada orang telah mencuri peralatan membuat apam balik.

Mak saudara Khalis sudah menggunakan set apam balik yang sama dari mula berniaga. Mangkuk apam baliknya memang ditempah khas dan sangat berat dan tebal berbanding set apam balik sekarang yang agak nipis. Sudahla tidak dapat berniaga.. peralatan pula dicuri.

Khalis teringat semasa arwah Din Beramboi meninggal dunia, rumah arwah dipecah masuk pencuri. memang rupanya golongan jijik dan hina camni bertaburan di muka bumi ni rupanya. mengambil kesempatan pada mereka yang sedang dalam kesusahan.

Persoalannya.. adakah sudah tiada nilai kemanusian untuk manusia zaman sekarang? adakah kerana duit sudah tidak mempedulikan kesusahan dan kepayahan orang lain?

Comments

MoHaMaD $y@F!e said…
matlamat menghalalkan cara... skang ni bukan nak kata memang
bersepah-sepah orag cam tu..
anak abah said…
Manusia zaman sekarang ni memang mcm tu khalis. Susah nak cari manusia yang betul2 manusia sekarang ni. Kadang-kadang tu haiwan lagi "berperikemanusiaa" dari manusia tu sendiri.
PaLi3 said…
depa ingat barang tu dh rosak sbb banjir...~pengalaman dh berapa kali kena mcm tu~
is_isaac said…
sabar jelah~ hukhuk

Popular Posts