Kata-kata seorang ibu adalah doa..Ibu.. ayah.. katakan lah yang baik-baik untuk anakmu


Khalis dijodohkan dengan gadis bukan melayu. Rasa nak gelak la pulak..hehe. Sebab masa kecik-kecik dulu, mak selalu cakap.

" Along ni nanti cari isteri cari orang bukan melayu la. Takde orang melayu nak dengan pemalas cam along nie!!!"

Serius,,sangat kerap.. kerap sangat - sangat.. Rasanya dari Khalis akil balikh sampai dah nak kahwin..heh.. Mak Khalis kalau baca nie mesti gelak, sebab Khalispun cakap benda nie kat dia.

Masa Khalis ajak orang rumah kahwin Khalis tak tau dia bukan Melayu. Sebab Khalis kenal dia dari sekolah menengah, yang Khalis tahu ayah dia meninggal dunia masa dia masih kecik, dia sangat pandai cakap bahasa inggeris-sangat-sangat pandai tau, sebab Khalis baru pindah sekolah tue masa tingkatan 4, ramai kawan-kawan cakap pakcik-pakcik dia ramai tinggal di US. Keturnan Mat salleh ke? BUKAN TAU..tapi isteri Khalis cakap, adik beradik dia semua pandai bahasa Inggeris sebab minat lagu orang putih.

Satu malam, dekat dengan tarikh pertunangan kami, dia talipon cakap ada benda penting nak cakap.

" Abang, ayang bukan orang melayu, tapi ayang orang bukan melayu"

Khalis gelak besar gile time tue. Dia tanya dengan nada marah..

"Kenapa gelak??Abang tak suka ke orang bukan melayu? pergila cari pompuan melayu!!"

Khalis terangkan kat dia, yang mak Khalis kerap cakap isteri Khalis mesti bukan Melayu.

Makbul doa seorang ibu. Hehe,, Anak Khalis kacuk oooo..Patutla Sayf Hensem dan Comel sangat-sangat.. ( wahhh..memuji anak sendiri)


gambar lama..gambar baru dalam kamera lagi  Sayf Muslim

Bila Khalis cakap dengan mak, mak terdiam, mungkin terfikir kata-katanya adalah doa dan dimakbulkan Allah s.w.t.

Khalis bersyukur mak doakan yang baik-baik buat Khalis.

Khalis nak cerita bukan ape, bila dah jadi ibu dan ayah, apa yang kita cakap pada anak adalah doa. Khalis tak pernah dengar mak cakap Khalis dan adik beradik lembab ke, bodoh ke..

Tapi mak selalu cakap Khalis pemalas dan pengotor.. hehe.. Memang tempiasnya jelas sekarang.
Kerja bersandar kat kerusi malas menjaga kedai komputer, boleh main games dan sekarang dah berblog pulak dah..Tak malas ke tue? Pengotor??ermm..no komen..hehe.

Jadi, kalau tinggal dengan mak ayah, atau anda sendiri ibu dan ayah, hati-hati lah bila bertutur. Kata-kata kita adalah doa.

Apa salahnya memandaikan anak,

"alaaaa,pandainya anak ibu,,kaler muka mak warna hijau, tapi kan cantik lagi warna kuning"

janganla..

" apa ke bodoh kamu nie.. pernah tengok muka mak jadi warna hijau? pernah?? pernah!! bodoh"

Tak mau la ada camtu kan?


Inilah tazkirah petang dari Khalis.. hehe..semakin lama semakin kuat membebel pulak Khalis kan??

 Khalis ambil contoh ini sebab apa yang mak Khalis cakap macam sangat mustahil untuk terjadi. Tapi Allah mengambil kira setiap kata-kata seorang ibu.

 Jadi, apa salahnya cakap yang terbaik untuk anak-anakkan?Khalis berpesan pada diri sendiri ni tau.. Yang tak kawen cepat-cepat kahwin sebab Khalis dah mula cakap kat Sayf..

Sayf,,nanti dah besar bagi ayah rm5000 sebulan tau, rumah banglo sebijik..hehe..takderla.. Khalis selalu cakap,

'Sayf hensem, nanti jadi tahfiz ek.. ajar ayah, temankan ayah, ingatkan ayah saat ayah lalai dan alpa tau.. Mak selalu bebel ayah malas sembahyang, nenekpun selalu marah ayah selalu lengahkan masa sembahyang. Ayah harap, kehadiran Sayf di dunia ni wat ayah sedar,ayah dah jadi seorang ayah, bukan seorang anak emak yang manja lagik.'



Pss//mujur mak doa cakap kawen dengan bukan melayu, kalau direct cakap kawen ngan orang Afrika? Puas nak balik raya setahun sekali..hehe.Khalis bukan tak mau nak sebut isteri Khalis bangsa apa. Apalah yang ada pada bangsa kan? Kitakan terkenal sebagai bangsa melayu pemalas, betul tak? bukan Khalis cakap..korang cakap..

Comments

amny said…
amni sayang ibu..^^
Unknown said…
hmm..Yana bila mak nak ckp sesuatu yg..... Yana cakap cam ni.. "Doa tu...." hehe.. terus mak tak jadi.. tuka topik.. hehe.. tapi kesian jiran Yana.. maknye mulut laser.. hmm...
kay_are said…
yang paling terkejut, x tau lak bro dah kawin.. baru tau ni.. anak bro memang comel.. owh, nasihat yang bergune untuk bakal ibu dan ayah.. gud2..
:: cikNuurul :: said…
haaa,khalis dh kuat mmbebel skang sbb khalis dh jd ayh,.so,msti nk yg trbaik untuk ank kn,.tempiasnye kne kt org bujang yg blom kwen ni,.hehe,.disuruhnye kwen cpt2,.huhu
Miss Shikio said…
hadhoiii... lawak la kisah hidup khalis..

nak suruh mak doa Miss Shikio kawen ngan keturunan diraja lah.. waahhh!!!

hahahaha~
Arpiiz said…
haha, nanti nak suruh mak aku cakap macam tu lah..^^
mykhalis said…
@amny

khalispun sayang ibu khalis..
Ayie said…
aku harap mak aku doakan aku kawin ngan anak raja.. woooot.. mesti kaya kan..?? heheh
mykhalis said…
@saya YANA betul tue..kata-kata dari seorang ibu adalah doa
mykhalis said…
@kay_are hehhe..diriku bukan lagi bujang..sudah ditanda seorang..hehe
mykhalis said…
@**::CIKNUURUL::** ntahla..tiba-tiba perasaan nak membbel selalu je datang..wahhaha.. kawen cepat2 k
mykhalis said…
@Miss Shikio amboi.. nak keturununan raja..raja apa?raja gopall..hehe
mykhalis said…
@Arpiiz kalau nak dituduh gatal sila la..hehe
Unknown said…
adakh gua akan kawin 4?? ohu yeah.. terima kasih mak..
saya tau mak saya selalu doakan saya.. hope dapat la berjaya dalam kehidupan yang mencabar ni kn :)
Ralph Why IQ said…
kalo pengotor tue mmg pun.... ko ingat tak camner ko halau budak sebilik ko disebabkan ke pengotoran ko tue... dalam bilik ada 2 katil, 1 katil tmpt kain, 1 katil lg jadi pelupusan sampah, atas lantai jugak ko tido... hehehehe
FurBall said…
terharu sgt bila baca ap yang khalis ckp kat anak..huhu..

betapa indahnya keluarga..~_~
ee . suka baca ni . tapi siyes , tertanya jugak . apa bangsa orang rumah khalis ?
mykhalis said…
@Ayie
amboi..sorang lagi nak kwen ngan anak raja..hishh
mykhalis said…
@Azroy Bin Kassimserius..bila ko dah kawen 1. ko rasa ko akan menzalimi wanita bl kawen 4..susah nak adil oo
mykhalis said…
@topimaginerestu ibu adalah segalanya dalam hidup ini
mykhalis said…
@Ralph Why IQhmm..ini sape ek?wahahha..itu rumet saya yg saya halau,,dia yg pengotor,,bukn saya
mykhalis said…
@FurBall bila dah tiba masanya..kita akan tau..masanya dah tiba
mykhalis said…
@atiey azha hehe..rahsia..kena tunggu dia dah habis pantang kot-kot dia nak kongsi..stakt ni dia tak mau interframe lagik..
Anonymous said…
Semoga kaum hawa yang bakal jadi isteri dan ibu lebih peka berkenaan perkara ini.
mykhalis said…
termasuk bapa sekali..tapi bapa jarang bercakap ngan anak,,hehe
puteri ain said…
baby tu comel betullll !!
geram tengok dia tido..hehe
mykhalis said…
ha3..tapi kalu time2 camni dia tak tido..siang je dia tido..
Anonymous said…
bangsa melayu tidak malas, cuma berlagak.
blog-tips-kurus said…
ibu bapa mesti bijak mendidik anak :-)
SyaNa_SaN said…
doa dr seorg ibu terlalu penting buat anak seperti syana... betul2x nak umi doakan saya supaya dot dot dot. hahahah
Black Rose said…
best nye ade ibu yg mcm tu..xmcm aku..asyik didoakan dgn keburukan je :( :(
ala..wan tetap melayu..cume asal keturunan je kan..
same jekk..xde yg beza..namo nt wan rase sedih..iskk..
ape2pun..syg wan sgt2..die shbt terbaek aku <3
tak kisahlah bangsa apa pun asal bahagia.. he..he..
anwar jai said…
wife ko org asli ke? nape malu nk ckp?

Popular Posts