Kisah Kepala Gas rm200

Bulan lepas adik perempuan Airen Surayya Khairu Anuar​ saya memperlecehkan saya sebab tak pandai pasang kepala gas pada tong gas baru.

Memang saya kecik ati sebab dari darjah 1 ini dah jadi tugas saya.

Saya cakap kat dia..

"Kepala gas along ni mahalla.. lain dari yang lain"
"Alasan.. apa yang lainnya?"
"Yang ni along beli dekat rm200 tahu tak? bukan yang rm15"
"Tipulah, gila apa kepala gas sampai rm200?"
"tak percaya? tengok ni.. yang along ingat kena ketuk kepala gas 3 kali dekat getah dia"

sambil saya mengetuk2 getah penyambung gas. Memang saya rasa mcam orang gila.

Adik saya dah gelak2.

sebab tak puas hati.. saya teringat penjual kepala gas ada tampal sticker kat peti ais.. masa tu dah dekat 9 malam.. redho je.. saya pun teliponla..

Memang bunyi macam kelakar.. tapi memang terjadi.. saya menalipon hotline untuk tanya cara pasang kepala gas.

Mujur ada operator yang angkat.. Ini kali pertama saya bercakap dengan operator yang sempoi gila.. cakap longat ganu.. pekat gila..

Soalan pertama dia tanya saya

"Encik dah ketuk tak tiga kali dekat kepala gas?"

Nak berair mata saya menjawab, gelihati bercampur sedih.

"dah ratus kali ketuk encik.. tak boleh jugak.. jap saya ketuk lagi 3 kali"

Saya ketuk lagi 3 kali.. adik saya dah nak terguling tak percaya memang betul2 kena ketuk 3 kali..

Huh.. mana nak cari pengalaman camni.. Akhirnya berjaya selepas hanpir setengah jam dibantu melalui telipon.. penyelesaiannya ialah sumbat kertas di dalam tong gas sebab pin dalam tong gas tersangkut..

Tak sia2 bayar rm200 untuk kepala gas.. Dari bulan 9 pakai. hujung bulan lepas baru tukar.. memang jimat walaupun mula2 time beli rasa cam bangang campur bongok.

ps// maaf panjang gila status
ps/// malas nak kasi gambar kepala gas sebab masih terasa macam bangang. huu

Comments

Anonymous said…
Merkur Futur 700 Long - Chrome - ChoEcoCasino
Merkur Futur 700 Long 카지노 - Chrome rb88 Merkur 메리트카지노 Futur 700 long - Chrome. Description. MERKUR Futur 700 short handle - German - Merkur Futur 700 short handle

Popular Posts