Pages

Support Penaja

Thursday, September 20, 2012

Ariel Peterpan vs Noah

Posted by NzmXI On 9:57 AM 0 comments

Selepas hampir dua bulan dibebaskan daripada Penjara Kebon Waru, Bandung, Indonesia, vokalis Peterpan, Ariel atau nama  sebenarnya Nazriel Irham membuat kemunculan perdana di Malaysia.

Tampil dengan penuh bertenaga dan tampak sihat, Ariel hadir ke Malaysia bersama grup lamanya, Peterpan yang kini sedang dalam penjenamaan semula dengan nama Noah. Mereka hadir dalam siri jelajah 5 negara menerusi Konsert Tentang Bahtera.

Membuat persembahan di KL Live, Kuala Lumpur pada 16 September lalu, pihak media bagaimanapun gagal menemu bual Ariel dan Noah kerana jangka waktu yang begitu singkat.

Bagaimanapun Ariel sewaktu membuat persembahan sekali gus memperkenalkan single pertama Noah yang berjudul Separuh Aku berjanji untuk kembali ke Malaysia bagi mempromosi grup tersebut.

"Kami terburu-buru kerana konsert lima negara ini, tetapi kami akan kembali apabila Noah mempunyai lagu yang cukup untuk dikongsi bersama peminat," ujar Ariel yang masih ligat menyanyi dan bermain alat muzik.

Selain memperkenalkan single Separuh Aku, Ariel turut mendendangkan lagu-lagu hit Peterpan sebelum ini termasuk Menghapus Jejakmu, Mungkin Nanti dan Tak Bisakah.

Sebelum tiba di Malaysia, Noah terlebih dahulu membuat persembahan di Australia sebelum bertemu peminat mereka di Hong Kong. Sebaik menyudahkan konsert sejam di Malaysia, mereka bergegas ke Singapura sebelum menamatkan marathon lima buah negara konsert dalam tempoh 24 jam di Jakarta, Indonesia.

Ariel sebelum ini telah disumbat ke dalam penjara  pada 23 Jun 2010  selepas didapati terlibat dalam kes penyebaran video porno  dengan dua artis wanita, Luna Maya dan Cut Tari. Dia telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, bagaimanapun dibebaskan secara bersyarat selepas lebih setahun menjalani hukuman kerana berkelakuan baik.

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...