Pages

Support Penaja

Thursday, September 20, 2012

Risiko minyak wangi kepada pengguna

Posted by NzmXI On 9:59 AM 0 comments

19 Sep – Memang tidak dinafikan, kita semua sukakan bau wangi, sehinggakan kereta dan kamar tidur turut dihiasi dengan bahan pewangi. Namun, apa yang kita tidak sedari adalah risiko yang dibawa olehnya yang boleh membawa padah terhadap kesihatan.

Jika anda ingin tahu, terdapat lebih kurang 500 bahan kimia digunakan dalam produk wangian, yang kebanyakannya tidak disenaraikan di belakang produk.

Antara bahan kimia yang sering digunakan adalah etanol, aseton, alkohol benzil, metilena klorida, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh mengakibatkan keletihan, kesakitan otot, lelah, radang kulit, alahan, pening dan sakit tekak. Selain itu, produk wangian turut boleh mendatangkan kesan terhadap nafsu seks.

Mereka yang menghidapi ekzema akan mengalami kesan yang lebih padah. Ini kerana kulit yang bermasalah akan menjadi lebih teruk sekiranya terkena bahan yang menggunakan ramuan pewangi, tidak kira sama ada ianya sabun ataupun shampu.

Baru-baru ini, kajian saintifik turut mengesahkan bahawa kebanyakan bahan pewangi mempunyai kandungan neurotoksin yang tinggi, yang memberikan kesan negatif terhadap mental, fizikal dan emosi. Kesan-kesan tersebut berupaya mendatangkan penyakit otak seperti Alzheimer dan Parkinson.

Walaupun ada banyak kesan sampingannya, penghindaran diri dari bahan wangian bukanlah suatu perkara yang mudah kerana hampir semua produk jagaan peribadi mengandunginya.

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...