Pages

Support Penaja

Tuesday, June 26, 2012

Senyum Pintu

Posted by NzmXI On 10:06 PM 0 comments

Seorang pencipta lagu, seorang pelukis plan dan seorang peguam telah sesat di sebatang jalan di dalam sebuah kampung di waktu tengah malam. Mereka bertiga berjalan merapati sebuah bangsal yang berdekatan. Pencipta lagu mengetuk pintu, dan apabila pintu dibuka, tuan rumah bertanya, apa yang telah terjadi. Setelah diceritakan oleh si pelukis plan, tuan rumah tersebut berkata, "rumah ini boleh menerima dua orang sahaja untuk bermalam, seorang lagi kena tidur di bangsal". Maka disahut oleh si pelukis plan untuk tidur di bangsal.

Selang 20 minit kemudian, tuan rumah mendengar ketukan pintu. Bila dibukanya tuan rumah itu mendapati si pelukis plan tersebut. Lalu si pelukis plan tersebut memberitahu bahawa dia tidak dapat tidur di bangsal tersebut kerana bunyi bising daripada lembu-lembu, ayam, angsa dan kuda-kuda di dalam bangsal tersebut. Melihatkan keadaan tersebut si pencipta lagu pun menawarkan dirinya untuk tidur di bangsal tersebut.

Selang 10 minit, sekali lagi pintu tuan rumah tersebut diketuk. Apabila tuan rumah membuka pintu, dia mendapati si pencipta lagu berada di hadapan pintu. Si pencipta lagu memberitahu bahawa dia tidak dapat mencari ilham mencipta lagu kerana bunyi bising daripada lembu-lembu, ayam-ayam, angsa-angsa dan kuda-kuda di dalam bangsal tersebut. Melihat keadaan itu, si peguam menawarkan dirinya pula untuk tidur di bangsal.

Selang 5 minit kemudian, pintu hadapan tuan rumah diketuk lagi. Dan apabila pintu dibuka didapati beberapa ekor lembu, ayam, angsa dan kuda berada di hadapan pintu tuan rumah tersebut...


heehehe... .

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...