Pages

Support Penaja

Thursday, June 28, 2012

Perbezaan Komunikasi Antara Lelaki Dan Wanita

Posted by NzmXI On 12:13 PM 1 comments

 
Mesej- Apabila seseorang wanita menghantar mesej kepada rakan mereka, kandungan mesej tersebut lebih berkisar mengenai perhubungan, sokongan, memberikan cadangan, menanyakan soalan, meminta maaf dan sebagainya. Manakala bagi seorang lelaki pula mesej yang dihantar kepada rakan mereka lebih berbentuk kontrovesi, seperti kata sindiran yang menyakitkan hati, ayat yang tidak senonoh dan sebagainya. Seseorang lelaki lebih cenderung menghubungi rakan untuk mendapatkan pengaruh dan hormat berbanding wanita yang memikirkan mengenai perhubungan antara sesama mereka.

Topik- Apabila seseorang lelaki cuba mengubah topik yang sedang dibincangkan, ia adalah kerana untuk menenangkan keadaan atau merasakan perkara yang sedang di bincangkan adalah masalah kecil yang tidak perlu diberikan perhatian. Tetapi bagi wanita, apabila sesuatu topik itu di ubah, ia menunjukkan bahawa lelaki itu tidak mengambil berat dan tidak peka mengenai sesuatu masalah. Seseorang lelaki lebih cenderung untuk mengawal situasi manakala wanita pula lebih cenderung untuk melepaskan emosi.

Bercakap- Siapakah lebih banyak bercakap?? Lelaki/Wanita?? Pasti ramai yang menyutujui jika dikatakan wanita lebih banyak bercakap. Tetapi hasil daripada kajian yang ditunjukkan adalah jumlah percakapan bagi lelaki dan wanita adalah sama dan lebih memeranjatkan lagi jumlah perkataan lebih banyak digunakan oleh lelaki di dalam sesuatu baris ayat. Berkemungkinan ini adalah kerana sifat lelaki dalam menyampaikan maklumat dan sebagai pemimpin. Seseorang wanita lebih banyak bercakap bersama dengan keluarga dan teman dekat, mengekspresikan sokongan dan menceritakan pengalaman. Lelaki pula cenderung bercakap di tempat kerja, aturcara formal /sosial, dan tujuan mereka adalah untuk pertukaran maklumat, walaupun ketika bercakap dengan rakan.

Keputusan- Apabila sesuatu keputusan ingin dibuat, wanita lebih cenderung untuk berada di dalam situasi perbincangan, bertanyakan soalan dan sebagainya. Ini adalah kerana wanita mahukan keputusan yang dipersetujui oleh semua pihak. Manakala lelaki pula lebih cenderung memanipulasi fakta untuk mempengaruhi pihak lain agar turut mempersetujui keputusan yang telah mereka buat. Lelaki lebih gemar memberikan kenyataan daripada menerima pandangan.

Masalah- Apabila seseorang lelaki menceritakan masalah yang sedang dihadapi, ia adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berkemungkinan membantu dalam penyelesaian sesuatu masalah itu. Dan cuba selesaikannya dengan kadar segera. Manakala apabila wanita menceritakan mengenai masalah, mereka lebih cenderung untuk berbicara lebih luas mengenai masalah yang mereka sedang hadapi, meluahkan perasaan yang terpendam dan sebagainya. 

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...