Pages

Support Penaja

Wednesday, June 27, 2012

Kisah Di Sebalik Pengharaman Mercun Di Malaysia

Posted by NzmXI On 11:41 AM 2 comments

Kpd yg lahir sebelum thun 90-an msti prnah rsa main mercun byk2 kan, pstu xda lak kna tangkap ngn pihak polis. Waktu tu bebas ja nk beli mercun & bunga api kt mana2 pon. Waktu tue kalo raya mmg meriah smpai ada dalam lagu raya lirik pasal mercun "Dam dam dum bunyi mercun".

Utk pengetahuan korang, Malaysia nie prnah ada 1 kilang mercun besar iaitu terletak kat Sg Buloh yg dikenali dgn nama Kilang Mercun Bright Sparklers.Tapi 1 letupan kuat dlm sejarah Malaysia pd 7 Mei 1991 telah mengubah segalanya. Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buluh’ berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada Perang Dunia kedua. Kesan letupan 200 tan belerang amat dashyat sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi.

Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja satu letupan besar terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, letupan kedua seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.

Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20 letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer. Berpuluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan.

Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah saja, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah. Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buluh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan.

Dua daripada stor simpanan itu meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter. Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa menyembur air bagi memadamkannya.

Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku. SEHARI selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buluh itu. Satu daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung.

Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis, juga menerima aduan mengenai kehilangan enam penduduk tempatan. Selain itu, 37 rumah dan kilang serta tujuh motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu.

Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 anggota penyelamat diarahkan beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu. Kemudian operasi diteruskan dengan penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang.

Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan. Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam mengerikan iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang malah semakin merebak kepada beberapa penduduk berhampiran. Tujuh anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu. Keadaan semakin bahaya apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal pihak berkuasa yang segera memadamkannya.


Antara gambar keratan akhbar peristiwa tragis ini...










P/s: Tragedi kilang mercun itu memberi sejarah besar kepada negara. Ia sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini ia dibenarkan malah dihasilkan di negara ini. 

2 comments:

sy masih igt berita ni..raya th dpn nyer x dpt main bunga api lg...

sy ingtkn pasal kes putus2 tu..rupanya ada kes besar rupenye...

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...