Pages

Support Penaja

Tuesday, July 24, 2012

Penganjur konsert terbuka Siti diberi amaran

Posted by NzmXI On 9:38 AM 0 comments

22 Jul – Ekoran kehadiran penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang telah mengadakan persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu, Sabtu lalu, Kerajaan Negeri Kelantan akhirnya memutuskan untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau penganjur yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu.

Memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan yang disiarkan di akhbar Sinar Harian, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang gagal mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri.

Takiyuddin yang ditemui sejurus selepas merasmikan Hari Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam, Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, di sini Selasa turut mengingatkan penganjur atau individu termasuklah ahli politik yang ingin membawa penyanyi-penyanyi atau selebriti di Kelantan haruslah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 

"Sebelum ini kita menerima maklumat daripada penganjur program tersebut memaklumkan bahawa ia adalah program motivasi. Namun di sebalik majlis itu, mereka membawa penyanyi wanita terkenal menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka. 

"Ia memang satu tindakan yang menyalahi undang-undang di negeri ini, namun kita berharap perkara seumpama ini tidak akan berulang," ujarnya lagi. 

Tambahnya lagi, pihak yang melanggar undang-undang dan peraturan akan dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 1,000 di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998. 

Sabtu lalu, majlis sambutan hari guru yang diadakan di Kompleks Sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab yang dihiburkan oleh diva no.1 Negara itu mendapat sambutan lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu.

 

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...