Wings kini bernaung dibawah KRU

Syarikat rakaman KRU Music yakin dengan penerimaan pendengar terhadap muzik rock yang dibawa oleh kumpulan rock lagenda yang kini berusia 25 tahun iaitu Wings untuk merakamankan album terbaru dibawah naungannya. 

Bertempat di Hard Rock CafĂ©, Kuala Lumpur pada hari Jumaat yang lalu telah berlangsungnya majlis perasmian memperkenalkan Wings sebagai artis baru dibawah naungan KRU Music. Ini adalah antara kepercayaan yang diberikan oleh kumpulan lagenda itu dalam proses mengeluarkan album terbaru berjudul "Menakluk Kosmos". 

Ujar Norman Abd. Halim selaku Presiden Eksekutif KRU Studio, dia amat teruja dalam melaksanakan projek ini kerana Wings bukanlah sebuah kumpulan biasa namun populariti yang dikecapi hingga kini memungkinkan KRU sanggup berlabur besar untuk album yang bakal diterbitkan nanti. 

"Bukan mudah untuk mengajak mereka bernaung dibawah syarikat kami, lagi-lagi mereka sudah banyak pengalaman dengan syarikat rakaman sebelum ini. Namun perjanjian dan juga kontrak telah dipersetujui semua setelah memakan masa hampir 2 bulan untuk mendapat kata putus dari kedua-dua belah pihak. Akhinya semuanya berjaya dan saya serahkan semua proses pembikinan album dan juga material kepada pihak mereka kerana percaya dengan kebolehan mereka sebagai artis lama di dalam industri hiburan ini." 

Norman turut menambah, sekarang dia telah memberikan kepercayaan penuh kepada artis dibawah naungannya untuk berkarya tanpa batasan. 

"Kesemuanya saya serahkan kepada mereka dari segi pembikinan album namun dari segi publisiti dan juga pembikinan video klip saya rasa kami sudah memiliki kepakaran yang cukup hebat." 

Selepas lebih kurang 10 tahun tidak menghasilkan album , Awie selaku jurucakap kumpulan memberitahu bahawa projek ini boleh dikatakan sebagai sebuah projek saudara dimana dia mengambil keputusan untuk menerima tawaran dari KRU disebabkan oleh mereka adalah orang tempatan. 

"Saya berasa terpanggil untuk menerima tawaran mereka setelah melihat kontrak yang diberikan. Saya berpuas hati dan juga apa yang boleh saya cakapkan disini adalah, saya mahu kami sesama saudara saling bantu-membantu. Saya yakin dengan tenaga kerja pihak mereka terutamanya di bahagian promosi dan jualan mampu untuk menaikkan kembali nama Wings seperti dahulu." 

"Menakluk Kosmos" adalah album studio Wings yang ke 10 dimana ia akan memuatkan beberapa lagu baru dan juga rentak yang dimainkan juga akan lebih mengikut peredaran semasa. 

Antara artis lain yang bernaung dibawah syarikat rakaman KRU Music adalah kumpulan MOJO, Forteen, V.I.P, Baby Shima, Ad Azhar, Mira Asyraff dan Kamilia.


Comments

Popular Posts