Pages

Support Penaja

Saturday, June 9, 2012

Fuhhh...Penyamun Pun Nak Rogol Nenek

Posted by mykhalis On 4:56 PM 0 comments

                                                            Sekadar Gambar Hiasan

BENTONG: Seorang nenek berusia 73 tahun nyaris dirogol dalam satu kejadian samun oleh seorang lelaki bersenjatakan senapang patah di rumahnya di Kampung Ulu Perting di sini malam tadi.  

Mangsa turut pengsan selepas lehernya dijerut dengan tali oleh penyamun itu, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, DSP Mohamad Mansor Mohd Nor. 

"Polis percaya penyamun itu adalah suspek yang sama terbabit dalam kes seorang mangsa samun mati akibat ditembak dengan senapang patah dalam kejadian 29 Mei lalu di Kampung Kemansor di sini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, dalam kejadian kira-kira 11 malam tadi itu, nenek terbabit sedang menonton televisyen sendirian di ruang tamu manakala suaminya yang berumur 73 tahun tidur di dalam bilik. 

"Suspek yang memakai baju celoreng mengacukan senapang patah ke muka wanita itu, suspek dipercayai cuba merogol mangsa....mangsa merayu supaya tidak dirogol sebelum suspek bertindak menjerut leher mangsa. 

"Selepas mendapati mangsa pengsan, suspek bertindak menyimbah sebaldi air ke muka mangsa dan kemudiannya menggeledah rumah bagi mencari barangan berharga sebelum melarikan diri," katanya sambil menambah jumlah kerugian yang dialami pasangan warga emas itu sedang disiasat. 

Wanita itu kemudian mengejutkan suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Bentong. Mohamad Mansor berkata, polis kini mempertingkatkan gerakan memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta menghubungi Balai Polis Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

Dalam kejadian 9.30 malam, 29 Mei lalu, Wong Kum Chuan, 63, maut ditembak seorang lelaki ketika bergelut untuk menyelamatkan dirinya dalam kejadian samun di Kampung Kemansor. 

Wong meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan di Hospital Bentong. - BERNAMA
 P/S : Nasib baik dia tak bunuh makcik tu. Ish, tak bermoral langsung!

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...