Pages

Support Penaja

Thursday, May 31, 2012

Review Man in Black III

Posted by mykhalis On 11:22 AM 1 comments


Wohohoho.. malam tadi Khalis belanja semua pekerja tengok wayang.. mula2 nak tengok Avanger(memang slowpork betolla..) tapi disebabkan tayangan dah tamat.. pilihan seterusnya ialah Man In Black III.

Khalis akui.. memang kitorang pergi dalam keadaan agak penat.. yerla.. setiap hari diorang mula masuk site pukul 6.30 pagi.. balik pukul 7.30 petang.. perghh.. memang gila penat.. Tapi sebab harapan Khalis tinggi untuk filem ni..Khalis nak tengok jugak..kalau ikutkan diorang..memang nak tengok citer hantu.. cehhh..

Cerita pasal musuh lama ejen J(macam sebelum ni jugak) kembali untuk balas dendam.. dan si penjahat berjaya kembali ke masa lampau dan berjaya membunuh ejen J 40 tahun lalu.. Akibatnya.. Ejen J hanyalah seorang lagenda yang telah mati.. Tapi ejen K tidak percaya dan cuba untuk kembali semula sehari sebelum penjenayah membunuh ejen J(korang faham tak ni?Khalispun dah mula kurang faham apa yang Khalis tulis..lantak la!!wahahaha)

Apa yang Khalis boleh kongsikan pasal filem ni.. ianya dah tak sesuai dah untuk orang berusia.. babak pertama orang jahat nak lepaskan diripun dah mudah gila babeng.. ada ke penjahat senang2 dapat pistol paling berkuasa.. lepas tu tembak dinding sekali je nak hapuskan semua penjaga penjara..hurmm

disebabkan babak pertama tak best..Khalis mengharapkan banyak babak berlawan yang gila cool...tapi bagi Khalis yang boleh tahan ialah babak terjun bangunan untuk pergi ke masa silam.. itu je.. yang lain memang kureng.. dahla semua watak alien worm takde langsung..keluar gila sekejap je..

Khalis tak pandai sangat nak wat ulasan mengenai filem.. tapi bagi Khalis yang sukakan filem bergenre lawak dan aksi.. ini bukan filemnya.. Khalis boleh bagi 2.5 bintang dari 5 je..

1 comments:

Miss en khalis nyer n3. Lain2 hampeh

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...