Kisah Sebuah Cermin

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yg tinggal di dalam hutan. Rumah diorng ni dibina di atas pokok, 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi memburu atau memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas di rumah.

Suatu hri, si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mecari-cari, tiba2 dia terjumpa cermin. Dia pun bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahuan isterinya. Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehingga suatu hari si isteri menjadi pelik melitah telatah suaminya tu.. Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya.

Dan punyalah terkejut beruk dia masuk je bilik tu dia ternampak cermin suaminya..Oleh kerana si isteri ni xtau cermin tu apa, so dia ingat orang dlm cermin tu memang perempuan simpanan suaminya…Apa lagi, habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..Lepas berjumpa dengan maknya, mak dia ingin melihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu…Lalu maknya pun masuk ke bilik tersebut..Kemudain dia keluar sambil ketawa terbahak-bahak…

Isteri: Apsal mak ketawa…
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu..kalau ye pun nak kawin lain..carik la perempuan yang elok sikit..
Ini tak..aku tgk perempuan kat bilik tu dah la tua!! Hodoh plak tuu!! Xlalu makan tgk muke dia..

MORAL OF THE STORY: CERMIN2KAN LAH DIRI KITA SEBELUM CERMINKAN DIRI ORG LAIN

Comments

Popular Posts