Pages

Support Penaja

Tuesday, June 19, 2012

Peserta rancangan cari bakat melukis dengan payu dara

Posted by NzmXI On 10:21 PM 0 comments

BANGKOK: Kementerian Kebudayaan Thailand meminta penjelasan daripada produser rancangan mencari bakat yang menayangkan seorang peserta wanita melukis menggunakan payu daranya disiarkan ke seluruh negara.

Menteri Kebudayaan, Sukumol Kunplome berkata, “Masyarakat mengkritik rancangan ini dan kami perlu mendapatkan jawapan.”

Ahad lalu, peserta untuk rancangan “Thailand’s Got Talent”, membuka baju dan colinya sebelum mencurahkan setin cat warna di payu daranya, di mana dia kemudian menggosok payu daranya di atas kanvas di hadapan juri yang memandang dengan mulut terbuka dan penonton bersorak.

Dia diundi untuk melepasi pusingan seterusnya oleh dua juri lelaki, menyebabkan seorang juri wanita merasa resah.

Produser rancangan itu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Walaupun industri seks di Thailand berkembang, pegawai di negara itu sering mengkritik perbuatan tidak senonoh di tempat awam.

Minggu lalu, Kementerian Kebudayaan Thailand berkata, ia memfailkan aduan polis terhadap penyanyi pop Amerika Syarikat, Lady Gaga, kerana menggunakan bendera Thailand dalam persembahannya bulan lalu dan memakai pakaian yang menjolok mata. - AFP

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...