Joget Mabuk ‘ Disko Desa ‘ Di Parit

Semasa menyertai program anak angkat di Kampung Telaga Nenas beberapa tahun dahulu. Khalis bersama keluarga angkat berkesempatan join joget lambak. Dan inilah pengalaman pertama dan terakhir Khalis tengok orang joget lambak.. Menari takde tempo punya.. main menari je.. kalau penat duduk..dah naik stamina balik menari lagik..

Dan bila Khalis tanya pasal penyanyi.. ayah angkat Khalis cakap..itu pondan.. dia memang laku bab bab joget lambak ni.. Khalis ingatkan dah takde dah.. sebab beberapa tahun dahulu ialah tahun 2004,, rupanya kuat jugak orang perak ni ek berjoget ek?



PARIT – Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.

Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai ‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin.

Majlis yang mendapat jolokan ‘disko desa’ itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.

Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.

Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam. - myMetro Online

Comments

Popular Posts