Adehh.. telinga digigit sampai putus kerana mintak clash dengan boyfriend

BERLIN – Telinga kiri seorang pelajar perempuan di Jerman rabik selepas
digigit bekas kekasihnya dalam serangan ala petinju Mike Tyson, lapor
sebuah akhbar semalam.

Mangsa, Stephanie, 19, dipercayai baru memutuskan hubungan dengan teman
lelakinya, Mike, 29, seorang pekerja pembinaan yang dikenalinya selama
hampir dua tahun lalu.

“Mike seorang yang kuat cemburu. Dia berjanji menyintai saya tetapi
kemudian memukul dan marah dengan tiba-tiba,” kata Stephanie.

Selepas berbincang dengan tiga lagi rakan sekolah, dia memutuskan untuk
menamatkan hubungan dengan Mike.

Namun, pelajar sekolah tinggi di bandar Jessen dekat sini kemudian
didatangi Mike pada sebelah malam di rumahnya sebelum tiba-tiba lelaki
itu menggigit telinganya.

Comments

Popular Posts